Monday, April 29, 2013

Hidup Ini Lapangan Ujian

Assalamualaikum,




Sejak kebelakangan ni, keadaan terasa agak messy. Hati rasa tercari-cari. Allahurabbi, terasa banyak perkara yang terjadi. Perkara yang membuat hati rasa tidak tenteram. Hanya Allah sahaja yang tahu. Ada perkara tidak mampu diluah pada siapa kerana memang tidak perlu. Hanya pada DIA tempat mencurah dan memohon kekuatan.

Tapi perlu jadi seorang yang positif, . Sunnahtullah, ada ketika bahagia bila DIA memberikan bahagia, adakala terasa sempit dan terasa sukar bila DIA datangkan ujian. Tidak boleh dihindari dan harus dihadapi. Tidak mampu ditepis bila memang itu sudah ketetapanNya. Tetapi sebagai seorang muslim, harus kuat kerana jiwa seorang muslim itu kuat dan kental dan bukan terus lemah dan goyah. Dunia ini hanya sementara, jadi apa yang membuat kita terfikir masalah dan ujian yang datang itu akan tetap bersama kita selamanya?.

Bila tiada, minta pada Ar Razzaq, Maha Pemberi. Mohon. InsyaAllah dipermudahkan. Anologi ujian Allah itu seperti sebuah produk yang diiklankan, kata bagus, sesuai. Bagaimana kita nak percaya kalau kita tak cuba? Apakah testimoniya? Selepas mencuba barulah kita tahu, baik atau burukkah? Begitu juga ujian Allah, DIA datangkan ujian untuk mengetahui siapakah dalam kalangan hambaNYA yang bertakwa dan sabar.

Malam kian larut. Berhenti, esok hari berkerja! La Hawla Quwwata Illa Billah.

Segala puji-pujian hanya untukMU dalam memuja asmaMU. Ya Al-'Afuw, Yang Maha Pemaaf, maafkanlah kami.

Monday, April 8, 2013

Cinta Yang Bagaimana Menjadi Pilihan?

Bulan November ni, umur masuk 24 tahun. Angka yang akan terus membuat ramai yang tertanya "Bila nak kahwin ni?" "Dah ada pakwe/boyfriend?" "Jangan lama sangat nanti jadi andartu. Orang perempuan tak elok kahwin lambat". Soalan-soalan yang selalu menerbitkan senyuman dibibir saya. Kadang-kadang naik rimas pun ada apabila terlalu kerap ditanya.

Masalahnya siapa yang nak kahwin lambat?. Jawapannya pasti tidak!. Kalau jumpa pilihan hati dan yang betul-betul serius untuk melamar, kenapa tidak saya pertimbangkan bukan? Kalau sekadar ucapan tapi tindakan tiada. Maaf saya lebih senang untuk berdiam diri. Dan apabila bertanya perihal pakwe/boyfriend, Jawapan saya mudah saja : "Tiada dan tak akan ada". Belajar dari pengalaman. Usah terus bermain cinta, saya tidak ingin memilih jalan itu lagi dan tidak pernah terlambat untuk mengubah haluan ke arah jalan yang diredhaiNya." Bercinta" atau "couple", saya tidak melihat kepastian hubungan tersebut akan ke peringkat seterusnya, membazir masa, bila tak jadi yang ada hanya duka dan kecewa. Dan yang paling penting, saya takut Allah tidak meredhai jalan begitu. Jadi untuk mengecilkan risiko-risiko tersebut, menghindari 'bercinta'. Skip skip.

Dan saya kurang senang apabila selalu diganding-gandingkan. Saya jadi rimas dan hati rasa terganggu. Kadang-kadang saya tidak punya kata-kata untuk menyuarakan rasa hati takut membuat yang lain terasa hati. Jadi yang dapat saya lakukan adalah senyum.

"Dia sesuai dengan awak, bla bla bla..."

Komitemen belajar, mencari duit untuk bayar yuran pengajian sendiri membuatkan saya rasa saya tidak sunyi walau tidak 'couple'. Malah lebih tenang dan tidak perlu pening kepala memikirkan karenah mereka. Saya menghargai usaha mereka yang cuba kenal melalui orang tengah, lebih terasa selamat. Tidak perlu mesej/call yang bertali arus dan saban hari.

"Assalamualaikum, ada seorang yang minta T** tanyakan tentang hal ini. Dia ingin merisik (kenal) . Apa pandangan"?

Beberapa bulan lalu seorang sahabat mesej. Terkesima.


"Errmm, begini, kalau dia nak kenal, silakan. Tapi saya berharap bukan dengan mesej/call saya. Kalau dia nak kenal, biarlah T** menjadi orang tengah dan biar dia kenal saya melalui T**. Saya tidak suka kalau dia terlalu asyik menghubungi. Lagipun sebenarnya saya masih berlum bersedia komitmen. Tapi kalau memang Allah sudah tetapkan, InsyaAllah akan dipermudahkan."

Alhamdulillah, sahabat yang satu ini sangat memahami, tidak terus mendesak. Saya mengambil jalan yang mudah, tidak mahu mengiyakan bila belum sedia. Terserah kalau ingin menunggu atau sebalikanya. Jadi itu salah satu kebaikan tidak bercinta. Kita tidak perlu rasa menuggu atau membuat orang menunggu. Sekalipun kalau ada rasa itu ada sedikit, risiko sakit/kecewa itu kecil. 


"Separuh dari urusan agama seseorang itu sempurna bila berkahwin". Ya betul. Saya sama sekali tidak menyangkal. Itu bagi yang memang sudah bersedia untuk membina baitul muslim. Jangan terlalu mengharap perkahwinan itu yang akan dapat memantapkan perkahwinan. Saya bimbang, berkahwin dengan harapan memantapkan ilmu agama menjadi sebaliknya disebabkan ingin cepat kahwin dan tidak bersedia. Cinta sahaja tidak cukup untuk menjadi kayu ukur. 

"Perkahwinan itu memang dimulai dengan 'cinta', 
tapi 'tanggungjawab' yang akan mengekalkan perkahwinan tersebut"
-Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

**************************

"Tanya diri, matangkah pemikiran kita bagi memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu?"

"Bagaimana menilainya?"

"Nilailah ia dengan melihat cara kita melaksanakan tanggungjawab harian kita sebagai hamba Allah, anak, kakak dan pelajar. Tanya diri lagi, kuatkah fizikal kita untuk menjaga fizikal insan lain?. Nilailah ia dengan melihat cara kita mengurus kesihatan, pemakanan dan kebersihan harian kita di rumah dan di kolej. Tanya diri, teguhkan hati kita bagi menghadapi ujian rumah tangga?. Nilailah ia dengan melihat cara kita menghadapi masalah harian kita."

Berapa ramai orang bercinta sampai bertahun-tahun namun lambat juga berkahwin. Lebih ramai yang putus di tengah jalan dan impian berubah menjadi kenangan pahit.

(Dialog dari novel Sebarkan Cinta-Mu karya Fatimah Syarha)

************************

Sudah bersedia? :) Alhamdulillah kalau sudah. Saya tidak lagi. 

Monday, March 25, 2013

Berusaha. Lawan Rasa Putus Asa.

Assalamualaikum,

Rasa sudah lama tidak menulis entry baru. Jari jadi rindu nak mengetuk papan kekunci ini. Kadang-kadang idea ada datang untuk buat entry baru tapi penyakit malas melanda diri ditambah dengan laptop yang ada masalah dan belum di hantar ke kedai lagi. Ni pun meminjam laptop Kak Cik. :) Terima kasih kak cik kerana sudi meminjamkan laptop dirimu untuk diriku. :)

Dari bulan Januari haritu saya bersama kak cik mencari kerja 'part time' yang berdekatan. Alhamdulillah Allah bagi rezeki. Jadi sekarang ditambah dengan kesibukkan sedikit dengan kerja. Teringat kejadian-kejadian yang kelakar ketika kami mencari kerja. Mulanya kami apply untuk kerja 'editor' di sebuah syarikat penerbitan buku. Alhamdulillah diterima, tetapi kalau dah bukan rezeki, terpaksa menarik diri kerana mereka keberatan atau yang betulnya mereka menolak yang kerja sambil belajar.Tetapi sebulan selepas tu, kami dapat kerja (kerja ditempat sekarang).

Ya memang sibuk. Berkerja di tempat kerja sekarang tidak banyak ruang masa untuk bersenang-lenang. Kesimpulannya setiap masa ada kerja. Kadang-kadang sampai tak sempat menjenguk fon. Awal-awal berkerja disini saya hampir putus asa dan hampir menarik diri disebabkan rasa tak tahan. Rasa terkejar-kejar ditambah masih belum dapat catch up dengan apa yang ditunjuk ajar. Tapi Alhamdulillah hampir sebulan dah, semoga saya terus dapat bertahan kerja cari duit poket sendiri.

Lama-kelamaan saya mula suka, walaupun rasa busy sangat tapi bila banyak kerja ni ada jugak bestnya. Jam tak terasa berlalu. Masuk pagi tup tup dah sampai lunch hour kan. Tapi saya having problem nak bagi masa dengan study. Kelas memang masuk tapi satu tugasan pun belum tersentuh. Oh diriku. -__-

Kerja sambil belajar sebab rasa bersalah bila asyik minta parents kirimkan duit. Entah, makin menginjak dewasa, saya rasa makin segan selalu minta-minta pada mereka. Jadi saya cuba usaha diri sendiri InsyaAllah.
Dah nak pukul 12 malam dah. Esok kerja mata perlu tido awal.

Nota Hamba: Berusaha berusaha dan lawan rasa putus asa. Bersangka baik pada Allah bahawa rezekiNya ada dimana-mana tinggal kita nak atau tak je.

Wednesday, January 23, 2013

Didik Sifat Tawadu' Dalam Diri

Assalamualaikum,




Bila tengok orang lain, Okay ini bukan orang lain je, diri sendiri juga. Bila melihat orang tidak tutup aurat dan keburukan yang lain, kadang cepat dan laju lintasan hati mengata tentang keburukan orang lain.

Antara ciri-ciri hati yang paling baik ialah hati yang bersifat tawadu' (merendah diri). Tanamkan dirimu di atas tanah kerendahan kerana tidak ada satu benda yang menjulang naik ke langit kecuali foundationnya di bawah sangat kukuh. 

Kadang-kadang kita bimbang kalau kita rupa-rupanya ada pula rasa kesombongan dengan hidayah yang kita dapat. Apatah lagi bagi yang masuk arena dakwah. Kalau kita  setakat melihat teruk pada perangai dan sikap, tidak menjadi masalah lagi, tapi kalau sampai dah dapat dilihat, kita nampak tak selesa bergaul dengan dia, kita double standard dengan dia, walhal soal hidayah ini kalau dilihat dalam Surah an-Nur: 21

 "Kalau bukan kerana kurnia Allah dan rahmatNya kepada mu nescaya tiada  seorang di antara kamu bersih dari perbuatan keji dan mungkar selama-lamanya tetapi Allah membersihkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki."


Ada baiknya bila kita melihat sesuatu kemungkaran yang dilakukan oleh orang lain, ada baiknya kita mensyukuri nikmat hidayah yang kita dapat dan bukan merendahkan dia, bukan sampai kita pandang hina dia dan sebagainya.

Sebaliknya kita "MashaAllah Allahuakbar, syukur ya Allah di tengah-tengah manusia belum menyambut dan mendapat hidayah Allah untuk menutup aurat, Engkau jadikan aku ya Allah sentiasa berfikir untuk menutup aurat lebih baik dan lebih baik lagi.Syukur ya Allah." Maknanya kita swing atau ganti yang tidak elok dalam hati dan isi dengan sesuatu yang mahmudah dan terpuji.

Kita manusia tidak sempurna, tiada seorang anak adam pun yang tidak berdosa. Tidak ada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan. Ha kan dah masuk kata-kata dalam drama Setia Hingga Hujung Nyawa. Apa-apa pun semoga kita sama-sama berusaha memperbaiki diri.


Wallahu a'lam

Nota Hamba: Saling berpesan satu sama lain walau banyak juga perintah Allah yang masih diri tak laksanakan. 




Amni Hayati

Tuesday, January 22, 2013

Salam Maulidur Rasul 2013

Assalamulaikum,




Dalam 1 hari lagi, tinggal rabu je kan iaitu khamis, 24 Januari 2013 (12 Rabiulawal 1434 Hijrah) kita bakal menyambut Malidur Rasul iaitu  hari kelahiran Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. Tetapi saya ingin membuat entry awal bersempena sambutan Maulidur Rasul nanti.

Sungguh sebelum kedatangan Islam dan kelahiran Rasulullah s.a.w, manusia bertindak melakukan sesuatu berlandaskan hawa nafsu dan hidup dalam zaman jahiliah, namun Islam datang memberikan panduan, ajaran dan tuntutanNya. Kelahiran Rasulullah s.a.w memberikan sinar baru kepada penghuni seluruh alam kerana kehadirannya membawa rahmat. 

"KAMI tidak mengutus engkau (Ya Muhammad) melainkan menjadi rahmat untuk semesta alam" (al-Anbiyaa: 107)

Walaupun Rasulullah s.a.w telah meninggalkan kita buat selama-lamanya namun apa yang ditinggalkan untuk umatnya iaitu al-Quran dan sunnahnya tetap dijadikan model sebagai panduan hidup. Berutungnya kita sebagai orang Muslim kerana Islam itu bukanlah sekadar agama semata-mata tapi Islam ialah "The way of Life" bagi kita. 

Membaca sirah-sirah perjuangan Rasulullah s.a.w, hati menjadi terdetak "Hebatnya Baginda dalam memperjuangkan Islam, tabah dan kuatnya Baginda dengan segala dugaan dan cabaran yang datang sehingga mampu menyebarkan agama Islam di segala pelusuk dunia."

Rasulullah s.a.w pernah berpesan " Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnahku." (Hadis sahih direkodkan oleh Imam Malik). Sungguh, Baginda telah memberi peringatan dan panduan apa yang harus dilakukan untuk menjadi Muslim yang hebat. 


Allahuma salli 'ala sayydina Muhammad wa alaa 'Alahi wa salam

Nota Hamba: Sedang mendengar lagu Wahai Kekasih (Nazrey Johani) dan baca buku 100 Pesanan Terakhir Rasulullah. ;) Ottoke? tiba-tiba rasa entry ni super formal la.


Amni Hayati

Thursday, January 17, 2013

Islam Itu Asing?

Assalamualaikum,


Kita menjadi Asing kerana itu prinsip hidup kita.

Jujur itu Asing kerana banyak orang yang berdusta.

Sedekah itu Asing kerana banyak orang bakhil.

Berjilbab itu Asing kerana banyak orang yang membuka aurat.

Tidak 'couple' itu Asing kerana ramai yang 'couple.

Yakin pada Allah itu Asing kerana banyak orang yang tidak percaya lagi padaNya.

Mewujudkan Syariah Islam itu Asing kerana banyak orang yang lebih percaya pada undang-undang/hukum buatan manusia.

"Islam mulai muncul dalam keadaan Asing dan akan kembali Asing
sebagaimana awal munculnya.
 Maka beruntunglah orang yang 'asing' itu." (HR Muslim)

"Berbahagialah orang yang asing itu"
"Siapakah orang asing itu wahai Rasulullah?"
"Iaitu orang yang senantiasa melakukan pelbagai kebaikan
disaat yang lain melakukan kejahatan" (HR Muslim)


Nota Hamba: Bagaimana dengan kita? Tepuk dada tanya iman.


Amni Hayati
Kuala Lumpur


Saturday, January 12, 2013

Surat Dari Sahabat




Assalamua’laikum…
Nur Amni Hayati :)
Cantik nama tuh secantik budi pekerti tuan punya nama :). Alhamdulillah seribu terima kasih dan jutaan syukur ke hadrat Illahi. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala-galanya. Dia Maha Berkuasa ke atas segala makhluk di muka bumi ini. Dia mencipta dan mematikan kita tanpa ada halangan. Dan Dia memberikan hidayah serta petunjuk kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki Maha Besar Allah. Yati sekarang adalah saudara baru. Seperti kapas putih, Yati ‘dilahirkan’ semula :) .
Nur Amni Hayati,
Life never easy. But if you put smile on it, it would be move easy than you expected. Please remain  strong and keep going until the end. Allah akan meletakkan beban yang sesuai untuk dipikul. Sungguh tiada hamba yang akan dipinggirkan except hamba itu akan menjauhi diri dari Allah. Allah sentiasa bersama hambaNya selagi mana hamba itu mengingati Allah. Seperti mana kita berusaha tetapi kita lupa pada Sang Pencipta, maka sia-sia usaha kita. Jangan sesekali berpaling dari Jalan Allah dear.
Jika mempunyai bebanan/masalah, jangan merungut. Jangan mengeluh malah katakan “Allah sentiasa bersamaku, Dia tidak akan sekali-kali tinggalkan aku sendirian”. Kadang-kadang manusia akan alpa dan leka dengan godaan dunia, hasutan nafsu dan tipu daya syaitan. Tapi selagi kau berpegang pada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w, tiada apa yang akan dapat menggoyahkan hati dan iman mu pada jalan Allah. Ingatlah, jalanilah hidupmu berpandukan Al-Quran dan sunnah untuk mencapai nikmat jannah yang abadi :)
Nur Amni Hayati,
Bila rasa sedih pandanglah langit yang terbentang luas dan bertasbih pada Allah yang Esa. Lihat gunung-ganang yang tersergam megah dan ucaplah syukuran kepadaNya. Bila rasa kecewa/terluka, bayangkanlah air sungai yang tidak pernah berhenti mengalir, memberi nikmat pada manusia, haiwan, dan alam. Maka ucaplah zikir menandakan kebesaran Allah. Jika rasa tertekan, rasa mahu menangis, lihatlah air hujan dan sang mentari yang sentiasa setia pada Sang Pencipta, berdoalah pada Allah untuk ketenangan dirimu.
Begitu juga apabila dalam happy, excited or peaceful moment, ingatlah pada Dia yang satu. Sentiasa bertasbih dan zikir. This what I’m doing always and Insya Allah segala ketenangan itu akan datang dengan sendirinya. Jangan cepat melatah/mengalah apabila cabaran/dugaan datang. Segala dugaan/ujian datang dari Allah. Dia mahu melihat ketabahan dan kesabaran hambaNya. Jadi sentiasa penuhkan dada dan dirimu dengan ilmu dan iman.
“Jaga diri, peliharalah imanmu"
Nota Hamba: Tengah mengemas barang-barang terjumpa surat yang ditulis dalam note kecil. dari seorang sahabat/roomate pada 19 Mac 2012 (few days after saya revert) :). Dia banyak bagi nasihat. :) Thanks Zatil Hidayah Hamizi. Ukhuwah fillah abadan abada.

Friday, January 11, 2013

Kemaafan

Assalamualaikum,

Bismillahirrahmanirrahim, Robbi zidni ilman warzuqnii fahman (Ya Allah, tambahkanlah ilmu pengetahuanku dan berilah aku kefahaman).



Tiba-tiba malam ni teringat something. 2 tahun dah berlalu, tapi bila ingat balik rasa macam baru lagi kan. Haihh kenapa pulak dah menjelma cerita ni kat kepala. Ya, masih ingat bagaimana rasa tu (hurt feeling) masa tuh. 2 tahun lepas saya seorang yang penuh dengan rasa amarah dan dendam. I tought saya tidak akan dapat memaafkan orang ni. Itu 2 tahun lepas. Dalam masa itu, saya tetap cuba memujuk diri untuk memaafkan dan melupakan dan mula melihat benda ni dari sudut yang positif. I bet kalau benda ni tak jadi dahulu, saya tak akan jadi seperti apa saya sekarang. Mungkin saya masih hidup dalam rasa amarah, sakit hati dan dendam. Nauzubillah.

Lama-lama saya belajar, yang apa terjadi bukan salah pihak tersebut sahaja. Mungkin saya orang yang paling salah dalam hal ini. Kita manusia nie ada power diri yang boleh buat orang lain lukakan kita. Saya mula belajar yang semua orang pernah buat kesilapan. Paling penting sebab saya maafkan adalah sebab saya nak maafkan diri saya sendiri atas apa yang terjadi. 

Somehow, saya sangat bersyukur, disebabkan perkara ini saya mula tercari-cari sesuatu untuk menyembukan rasa saya. Disebabakan rasa tu saya betul-betul mula mendekatkan diri dengan Islam. Alhamudlillah, I'm a muslim. :D

Walau hebat bagaimana orang lukakan, harus ingat, kita juga pernah melukakan orang lain. Atau mungkin, someday kita yang akan menyakitkan orang lain? Saya pasti bila kita dah menyedari kesilapan kita, pastinya kita mengharapkan kemaafan. Hati tidak akan tenang selagi tak memaafkan orang lain. Sebagaimana kita mengharapkan Allah mengampunkan dosa-dosa kita, jadi kenapa kita tidak mencuba untuk memaafkan?


Actually, memaafkan orang nie, berhubung kait dengan bagaimana hubungan kita dengan Allah? Tanya hati, tanya iman kita dan tanya diri kita bagaimana hubungan kita dengan Allah? Ya, tidak mudah memaafkan orang yang pernah menyakitkan kita, tidak memaafkan mereka juga tidak buat keadaan makin senang kan? Yang ada kita yang akan semakin rasa terseksa dengan segala rasa sakit hati. Mendekat kepada Allah, minta pada Allah untuk diberikan hati dan kekuataan untuk memaafkan dan meminta maaf bila melakukan kesalahan.

Kadang-kadang kita terlalu mementingkan rasa sakit dan dendam hingga kita tanamkan dalam diri tiada kemaafan yang akan diberikan. Sayang, belajar memaafkan, InsyaAllah bahagia itu akan datang pada kita. Bahagia bukan semata-mata dapat gf/bf baru. Mungkin Allah akan gantikan dalam bentuk lain seperti rasa tenang dalam hati walaupun tidak ada bf/gf.

Bila terluka, cuba reflek diri, "mungkin Allah datangkan semua ini, supaya aku datang mendekat kepada Allah?, mungkin selama ini aku dah terlalu menjauh dariNya hingga 'ketukan' cinta yang Dia bagi untuk menyedarkan aku?" Bukan hanya memikirkan sakit hati dan kesalahan orang. 

"...Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan" (Ali Imran: 134)

"...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (An Nuur 24: 22)

Semoga dengan ayat cinta ini, hati kita terpujuk untuk menjadi hamba yang hebat, hamba yang pemaaf kerana kita ingin redhaNya bersama kita. 

Nota hamba: Orang kata kalau tidak dapat melupakan bermakna tidak memaafkan. Tidak semestinya. Apa salahnya kalau kita masih mengingatkan untuk sebagai teladan dan pelajaran kepada diri sendiri agar kita tidak terjatuh dalam lubang yang sama kan? 





Amni Hayati
Kuala Lumpur

Hari Konvokesyen Kami :)

Assalamualaikum,

Lupa nak buat entry untuk hari konvokesyen. LOL. Lama dah berlalu. Konvo pada 4 October 2012. Alhamdulillah semuanya telah berjalan lancar. Ni gambar-gambar sehari selepas konvo.








Nota Hamba: Ini bukannya pengakhiran sebuah perjuangan tetapi permulaan. Seribu langkah itu bermula dengan satu langkah. 



Amni Hayati
Kuala Lumpur


Tuesday, January 8, 2013

Cari Kebahagiaan dengan Cinta Allah

Assalamualaikum,

A'udhu-Billahi minna shaytan-ir-rajiim




Tak tahu kenapa boleh jadi rajin pulak update blog kan, dalam beberapa hari, dah 3 entry. 

"Sunyinya tak ada girlfriend/boyfriend nie, semua orang lain ada, aku nie nampak lonely"
"Kalau ada duit dan harta banyak pasti rasa bahagia sangat."

Bukan orang lain, tapi diri saya sendiri yang selalu jugak macam nie, walau dalam hati tetap menyedari yang semua tu tak menjanjikan kebahagiaan yang betul-betul diidamkan.

Kita mencari sumber kebahagiaan daripada makhluk dan harta benda. Bila time 'single', kita berfikir yang kebahagiaan hanya kita dapat bila dah ada girlfriend/boyfriend (Even kalau ikutkan, banyak yang pahit dari manisnya, banyak yang derita dari bahagianya.) Berapai ramai yang merasakan duka ketika 'single' akan memperoleh bahagia bila dah ada gf/bf, namun bila dah ada pula, yang datang menjengah hanya derita. Hubungan yang diharap sampai gerbang perkahwinan hanya putus dijalan.

Kita mencari cinta makhluk (gf/bf) dengan harapan dapat memenuhi rasa kekosongan dalam hati. Tapi sayang, kalau hati itu tidak dipenuhi dengan cinta Allah terlebih dahulu, rasa kekosongan itu akan tetap disitu. Akan tetap ada ruang kosong yang hanya dapat diisi dengan cinta yang satu itu, yakni cinta Illahi, dan tidak akan terisi sekalipun cinta makhluk telah kau perolehi.

Before revert, saya selalu berfikir, saya perlu seorang teman berdekatan dengan saya dengan harapan dapat mengisi rasa kekosongan tersebut. Bila mereka pergi, saya rasa hilang 'kebahagiaan'. Hanya sekarang saya menyedari yang sebelum ini, saya mencari kebahagiaan dari makhluk semata-mata. Islam datang membawa solusi kepada saya disaat saya betul-betul memerlukan. Saya mula menyedari bahawa, sesuatu yang perlu saya buru adalah cinta Allah. Cinta Allah yang harus saya nobatkan sebagai cinta no 1 dalam hati saya. 

Alhamdulillah, sekarang saya lebih tenang walaupun saya masih terlalu kurang ilmu. Masih merangkak dan terus memburu kasih dan cintaNya.

Allah telah memberi solusi kepada kita seperti yang terdapat dalam al-Quran:

"Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu hati akan tenang" -Ar Raad:28

Ya, kita memang terlalu banyak mencari kebahagiaan dengan cinta makhluk. Hati menjadi resah dan tak tenang kerana kurang mengingatiNya. Ada isteri cantik, banyak karenah pula. Banyak harta ditimpa penyakit yang macam-macam. Pangkat tinggi banyak pulak orang benci kerana sikapnya. Akhirnya kebahagiaan yang diburu tak kunjung-kunjung tiba. Ada yang Allah berikan terlalu banyak kemewahan, namun hati tetap tidak tenang. Kebahagiaan berkecai dalam nikmat yang serba ada dan mewah. Kerana sememangnya bukan itu sumber kebahagiaan kita. Hanya DIA. 

Nota Hamba: Bila ada masalah, carilah Allah terlebih dahulu, mengadu pada Allah. Kemudian barulah makhluk. 




Amni Hayati
Kuala Lumpur

Sunday, January 6, 2013

Sleeping VS Prayer


To Muslims, prayer is the second pillar in Islam, after the Shahadah, which encompasses the foundation of Islam. It was made obligatory for all Muslims, whether they be rich or poor, strong or weak, black or white, male or female.

Prayer is the only ascension for the true believer, it distinguishes a believer from a non-believer and allows the believer to enrich their spirituality and cultivate the soul’s right to love and worship the creator ALLAH who is the only one worthy of worship.

The importance of prayer is conveyed constantly in the Quran and is stressed by the prophet Muhammad (s.a.w): “Know that among your duties, prayer is foremost”.

Prayer not only gives a deep connection with Allah swt, but in prayer one establishes patience, humility and sincerity. Prayer provides a means of repentance and is a restrainer from shameful and unjust deeds. This is portrayed through the following hadith:

“If a person had a stream outside his door and he bathed in it five times a day, do you think he would have any filth left on him?” The people said, “No filth would remain on him whatsoever.” The Prophet (peace be upon him) then said, “That is like the five daily prayers: Allah wipes away the sins by them.” (Al-Bukhari and Muslim.)

Praying five times a day engages the believer in constant remembrance in Allah swt so that the remembrance of Allah swt is in his heart and becomes the essence of his actions and keeps the believer away from any unjust deeds and leads him only to those that please Allah (swt).

It is through prayer that one really finds inner peace and fulfillment. To Muslims it is also a source of patience, courage, hope, confidence, inner peace, stability, equality, unity and an expression of thankfulness to Allah swt.

Verily, I am Allah! There is none worthy of worship but I, so worship Me and offer prayer perfectly for My remembrance.”

Truly, there is none worthy of worship other than ALLAH, the creator of you, me and all things on earth. Allah: The most kind, the most merciful, to whom we all shall return to.

Source : http://irwanirah.tumblr.com/

Friday, January 4, 2013

Berubahlah Andai Kau Impikan Kejayaan

Assalamulaikum, 

A'udhu-Billahi minna-Shaytan-ir-Rajiim



Sekarang ini merupakan musim orang final exam. Stress berada dimana-mana. Minggu lepasa saya bersama sahabat saya berniat untuk belajar dan membuat rujukan di perpustakaan universiti. Masuk ke tingkat, 2, 3 dan 4 semuanya kelihatan penuh dengan pelajar-pelajar yang tengah sibuk mengulangkaji dan berbincang dengan rakan-rakan. SubhanAllah! luar biasa keadaan perpustakaan utama apabila tibanya musim final exam. 

Bila bicara soal exam, jadi sedih dengan diri sendiri. Sungguh aku manusia yang leka dan dalam kerugian. Bila penyakit malas menguasai diri sendiri, ulangkaji entah kemana. Ingin mendapat keputusan cemerlang tapi usahanya tiada, tidak akan kemana sayang. Bila sambung master, hati makin malas untuk study. AllahuRabbi.

Benar. Ini masalah sikap (attitude). Firman Allah dalam Surah Ar-Rad (ayat 11). 
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka".

Buat yang tengah menempuh final exam. Semoga Allah merahmati semua usahamu dan mengurniakan kejayaan yang setimpal dengan usahamu. 

Nota Hamba: Berubah, berubah berubahlah jika kau ingin kejayaan milik dirimu. Mulalah mengatur langkah bila kau ingin meneguk rasa manisnya kejayaan. Bukan hanya niat dihati tapi usahanya kosong. Rabbi Yassir wala tu'assir. Rabbi tamim bil khair.




Amni Hayati
Kuala Lumpur