Monday, December 19, 2011

Second Post About Hana !











I love the way she dress up! :D

Taken from her page. Just click here for more style :http://www.stylecovered.com/2011/03/02/feeling-boho/

Wednesday, November 16, 2011

Unforgotten Moments! Happy Birthday.




Cuttest bears from BF! (bestfriends) :D

Special Day!

Okay, semalam pegi library dengan kawan sampai tengah malam jugak la. 11. 40 macamtu balik dari library then sebab lapar, kawan bawa singgah KFC. Nak la kan. den pun lapar jugak aihh. :D

Tengah syok makan, tiba-tiba ada dengar ramai orang nyanyi "Happy Birthday". Pusing,!! ehhhhh, nampak coursemates dengan sejibik kek! Whoooaaa! What a suprise! Love you all guys! I was really didint expecting dapat suprise macamtu. :D

A million thanks to you guys for making my day full of happier and laughter!

To all my well-wishers, thanks for the birthday wishes. May God bless we all always. :)

Tuesday, October 18, 2011

Some people feel the rain. Others just get wet.


 I miss some people in my life everytime it rains. Miss them badly.

Monday, October 10, 2011

JADILAH YANG SABAR.

Images from Mr Google. :)
Semoga ketenangan hati ini sentiasa ada.

Melepaskan sesorang yang kita kasihi dan sayangi bukan satu perkara yang dapat dibuat hanya sekali tetapi sepanjang masa. Lama-lama hati semakin tenang dan dapat merasakannya.

Demi Tuhan, tiada rasa benci pada yang pernah hadir dahulu. Dahulu mungkin lebih kepada perasaan marah. Tetapi sekarang, banyak baca-baca artikel yang menolong melalui saat-saat getir.

"Tuhan itu mempunyai rencanaNya yang tersendiri"- "Everything happens for a reason". Always keep this in my mind. Serius banyak membantu menghilangkan rasa terkilan.

Jodoh, maut, pertemuan dan perpisahan itu segalanya adalah rahsia Tuhan. Seandainya memang dah ditulis bahawa si dia jodohmu, suatu hari nanti pasti DIA akan pertemukan kembali. Yang penting dalam melalui hari-hari yang sukar. Kena banyak BERSABAR dan berdoa. Ada benda lain selain tu?

Setiap manusia itu telah diciptakan berpasang-pasangan. Jadi, SENYUMLAH menghadapi dugaan dan cabaranNya. Dugaan, cabaran, sakit juga merupakan penghapus kepada dosa-dosa kita.

Semoga suatu hari nanti perasaan itu benar-benar hilang dan hanya memandang dia sebagai seorang kenalan sahaja. :)

P/S : Okay. Sebagai muhasabah sahaja. :)

Sunday, October 2, 2011

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!



Love this. <3

Pengalaman sering mematangkan kita.
Kata Hamka.

"Yang ada ini sudah harapan kita"
Bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada tetapi jangan lupa apa yang telah ada.

Bersyukurlah wahai diri ini.

Tuesday, September 20, 2011

Mencari Yang Pasti-dalam pencarian

Selamat Malam. Nothing much to share.

Habis kelas pukul 6 petang tadi dan sampai bilik terus melekat atas kerusi ni. (means dah mandi ke tak pikir-pikir la sendiri. hehe)

Hari ni selasa kan. Saya boleh dengar tazkirah dengan jelas di Surau Al-Ikhwan KK9 dari bilik saya di blok Cempaka ni. Itu mungkin disebabkan blok ni dekat dengan Surau tu kot tapi rasa macam best pulak dengar tazkirah yang orang tu beri (I don't know whom)

Tapi usually kan. Tazkirah disini kalau macam sem2 lepas la, dia orang adakan pada khamis malam (malam jumaat). Lebih kurang macamtu la. Then saya asked roomate saya.

"Bukan selalu khamis malam ke tazkhirah tu?"

"Mungkin untuk tazkhirah Ramadhan kot"

Eh. tu je la yang nak share harini. :)

P/s : mengenai tajuk entry ni sebab tak ada idea lagi dah. tapi actually ada meaning tersendiri untuk saya.



Monday, June 20, 2011

Drama Stanza Cinta

Banyak juga drama melayu sekarang yang menarik perhatian aku. Selepas cerita NORA ELENA, kini cerita yang berjudul Stanza Cinta yang juga diadaptasi dari sebuah novel karya Nurul Halawati. Menggunakan lagu Alyah yang berjudul Kisah Hati sebagai lagu tema sangat lah sesuai. :D Cerita Nora Elena aku tak tengok pun. Just tengok episode akhir je.

Stanza Cinta ini, episod pertama aku dah rasa best la, tak tahu la bagi korang kan. Masing-masing punya citarasa tersendiri.

Kalau ikut sinopsis dari novel Stanza Cinta :

Amni Sorfina memerlukan sesorang lelaki yang mampu membimbingnya, bukan lelaki yang dia perlu bimbing. Dalam masa yang sama, dia berasa bertanggungjawab membimbing Irfan ke jalan yang lurus. Perlukah dia mengorbankan cintanya yang terlalu mendalam buat Taufik demi menunaikan sekeping janji dan amanah?

Berhadapan dengan saat paling sukar dalam hidupnya, Amni harus belajar tersenyum dalam derita dan bersangka baik dengan segala takdir Allah buatnya. Apakah ini bermakna dia harus melepaskan pergi sesuatu yang paling diinginkan, yang sejak sekian lama baru ditemui?

Lakonan : Nur Fathia, Aaron Aziz dan Fizz Fairuz
Setiap Ahad jam 9 malam TV3


Wednesday, May 11, 2011

KENAPA KITA DIPERTEMUKAN DENGAN ORANG YANG SALAH?

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.



1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..



PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

PERHATIAN : entri kali ini diambil dari blog ini.. SILA KLIK

Friday, April 29, 2011

Siapa Hana Tajima Simpson???

Hana Tajima Simpson.

Ok. Sapa Hana Tajima ini?...aku terjumpa bila aku search tentang "Hikmah Disebalik Musibah"..tiba-tiba nampak dan baca dalam satu blog tentang Hana Tajima Simpson nie..tapi tak ada picture la..

Aku tertarik nak search dan hendak tahu siapa sebenarnya Hana Tajima ini..sebab nama dia aku tengok macam unik jugak la...hehehe


Search, and then aku jumpa..ohhh...search kat FACEBOOK...rupa-rupanya ramai jugak dah tahu tentang dia nie...

Sebenarnya Hana Tajima ini convert to Islam five years ago...seorang designer dan sememangnya cantik..ayah dia Japanese and her mom from Britain



Suka tengok style dia ;))