Monday, April 29, 2013

Hidup Ini Lapangan Ujian

Assalamualaikum,




Sejak kebelakangan ni, keadaan terasa agak messy. Hati rasa tercari-cari. Allahurabbi, terasa banyak perkara yang terjadi. Perkara yang membuat hati rasa tidak tenteram. Hanya Allah sahaja yang tahu. Ada perkara tidak mampu diluah pada siapa kerana memang tidak perlu. Hanya pada DIA tempat mencurah dan memohon kekuatan.

Tapi perlu jadi seorang yang positif, . Sunnahtullah, ada ketika bahagia bila DIA memberikan bahagia, adakala terasa sempit dan terasa sukar bila DIA datangkan ujian. Tidak boleh dihindari dan harus dihadapi. Tidak mampu ditepis bila memang itu sudah ketetapanNya. Tetapi sebagai seorang muslim, harus kuat kerana jiwa seorang muslim itu kuat dan kental dan bukan terus lemah dan goyah. Dunia ini hanya sementara, jadi apa yang membuat kita terfikir masalah dan ujian yang datang itu akan tetap bersama kita selamanya?.

Bila tiada, minta pada Ar Razzaq, Maha Pemberi. Mohon. InsyaAllah dipermudahkan. Anologi ujian Allah itu seperti sebuah produk yang diiklankan, kata bagus, sesuai. Bagaimana kita nak percaya kalau kita tak cuba? Apakah testimoniya? Selepas mencuba barulah kita tahu, baik atau burukkah? Begitu juga ujian Allah, DIA datangkan ujian untuk mengetahui siapakah dalam kalangan hambaNYA yang bertakwa dan sabar.

Malam kian larut. Berhenti, esok hari berkerja! La Hawla Quwwata Illa Billah.

Segala puji-pujian hanya untukMU dalam memuja asmaMU. Ya Al-'Afuw, Yang Maha Pemaaf, maafkanlah kami.

Monday, April 8, 2013

Cinta Yang Bagaimana Menjadi Pilihan?

Bulan November ni, umur masuk 24 tahun. Angka yang akan terus membuat ramai yang tertanya "Bila nak kahwin ni?" "Dah ada pakwe/boyfriend?" "Jangan lama sangat nanti jadi andartu. Orang perempuan tak elok kahwin lambat". Soalan-soalan yang selalu menerbitkan senyuman dibibir saya. Kadang-kadang naik rimas pun ada apabila terlalu kerap ditanya.

Masalahnya siapa yang nak kahwin lambat?. Jawapannya pasti tidak!. Kalau jumpa pilihan hati dan yang betul-betul serius untuk melamar, kenapa tidak saya pertimbangkan bukan? Kalau sekadar ucapan tapi tindakan tiada. Maaf saya lebih senang untuk berdiam diri. Dan apabila bertanya perihal pakwe/boyfriend, Jawapan saya mudah saja : "Tiada dan tak akan ada". Belajar dari pengalaman. Usah terus bermain cinta, saya tidak ingin memilih jalan itu lagi dan tidak pernah terlambat untuk mengubah haluan ke arah jalan yang diredhaiNya." Bercinta" atau "couple", saya tidak melihat kepastian hubungan tersebut akan ke peringkat seterusnya, membazir masa, bila tak jadi yang ada hanya duka dan kecewa. Dan yang paling penting, saya takut Allah tidak meredhai jalan begitu. Jadi untuk mengecilkan risiko-risiko tersebut, menghindari 'bercinta'. Skip skip.

Dan saya kurang senang apabila selalu diganding-gandingkan. Saya jadi rimas dan hati rasa terganggu. Kadang-kadang saya tidak punya kata-kata untuk menyuarakan rasa hati takut membuat yang lain terasa hati. Jadi yang dapat saya lakukan adalah senyum.

"Dia sesuai dengan awak, bla bla bla..."

Komitemen belajar, mencari duit untuk bayar yuran pengajian sendiri membuatkan saya rasa saya tidak sunyi walau tidak 'couple'. Malah lebih tenang dan tidak perlu pening kepala memikirkan karenah mereka. Saya menghargai usaha mereka yang cuba kenal melalui orang tengah, lebih terasa selamat. Tidak perlu mesej/call yang bertali arus dan saban hari.

"Assalamualaikum, ada seorang yang minta T** tanyakan tentang hal ini. Dia ingin merisik (kenal) . Apa pandangan"?

Beberapa bulan lalu seorang sahabat mesej. Terkesima.


"Errmm, begini, kalau dia nak kenal, silakan. Tapi saya berharap bukan dengan mesej/call saya. Kalau dia nak kenal, biarlah T** menjadi orang tengah dan biar dia kenal saya melalui T**. Saya tidak suka kalau dia terlalu asyik menghubungi. Lagipun sebenarnya saya masih berlum bersedia komitmen. Tapi kalau memang Allah sudah tetapkan, InsyaAllah akan dipermudahkan."

Alhamdulillah, sahabat yang satu ini sangat memahami, tidak terus mendesak. Saya mengambil jalan yang mudah, tidak mahu mengiyakan bila belum sedia. Terserah kalau ingin menunggu atau sebalikanya. Jadi itu salah satu kebaikan tidak bercinta. Kita tidak perlu rasa menuggu atau membuat orang menunggu. Sekalipun kalau ada rasa itu ada sedikit, risiko sakit/kecewa itu kecil. 


"Separuh dari urusan agama seseorang itu sempurna bila berkahwin". Ya betul. Saya sama sekali tidak menyangkal. Itu bagi yang memang sudah bersedia untuk membina baitul muslim. Jangan terlalu mengharap perkahwinan itu yang akan dapat memantapkan perkahwinan. Saya bimbang, berkahwin dengan harapan memantapkan ilmu agama menjadi sebaliknya disebabkan ingin cepat kahwin dan tidak bersedia. Cinta sahaja tidak cukup untuk menjadi kayu ukur. 

"Perkahwinan itu memang dimulai dengan 'cinta', 
tapi 'tanggungjawab' yang akan mengekalkan perkahwinan tersebut"
-Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

**************************

"Tanya diri, matangkah pemikiran kita bagi memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu?"

"Bagaimana menilainya?"

"Nilailah ia dengan melihat cara kita melaksanakan tanggungjawab harian kita sebagai hamba Allah, anak, kakak dan pelajar. Tanya diri lagi, kuatkah fizikal kita untuk menjaga fizikal insan lain?. Nilailah ia dengan melihat cara kita mengurus kesihatan, pemakanan dan kebersihan harian kita di rumah dan di kolej. Tanya diri, teguhkan hati kita bagi menghadapi ujian rumah tangga?. Nilailah ia dengan melihat cara kita menghadapi masalah harian kita."

Berapa ramai orang bercinta sampai bertahun-tahun namun lambat juga berkahwin. Lebih ramai yang putus di tengah jalan dan impian berubah menjadi kenangan pahit.

(Dialog dari novel Sebarkan Cinta-Mu karya Fatimah Syarha)

************************

Sudah bersedia? :) Alhamdulillah kalau sudah. Saya tidak lagi.