Wednesday, January 23, 2013

Didik Sifat Tawadu' Dalam Diri

Assalamualaikum,




Bila tengok orang lain, Okay ini bukan orang lain je, diri sendiri juga. Bila melihat orang tidak tutup aurat dan keburukan yang lain, kadang cepat dan laju lintasan hati mengata tentang keburukan orang lain.

Antara ciri-ciri hati yang paling baik ialah hati yang bersifat tawadu' (merendah diri). Tanamkan dirimu di atas tanah kerendahan kerana tidak ada satu benda yang menjulang naik ke langit kecuali foundationnya di bawah sangat kukuh. 

Kadang-kadang kita bimbang kalau kita rupa-rupanya ada pula rasa kesombongan dengan hidayah yang kita dapat. Apatah lagi bagi yang masuk arena dakwah. Kalau kita  setakat melihat teruk pada perangai dan sikap, tidak menjadi masalah lagi, tapi kalau sampai dah dapat dilihat, kita nampak tak selesa bergaul dengan dia, kita double standard dengan dia, walhal soal hidayah ini kalau dilihat dalam Surah an-Nur: 21

 "Kalau bukan kerana kurnia Allah dan rahmatNya kepada mu nescaya tiada  seorang di antara kamu bersih dari perbuatan keji dan mungkar selama-lamanya tetapi Allah membersihkan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki."


Ada baiknya bila kita melihat sesuatu kemungkaran yang dilakukan oleh orang lain, ada baiknya kita mensyukuri nikmat hidayah yang kita dapat dan bukan merendahkan dia, bukan sampai kita pandang hina dia dan sebagainya.

Sebaliknya kita "MashaAllah Allahuakbar, syukur ya Allah di tengah-tengah manusia belum menyambut dan mendapat hidayah Allah untuk menutup aurat, Engkau jadikan aku ya Allah sentiasa berfikir untuk menutup aurat lebih baik dan lebih baik lagi.Syukur ya Allah." Maknanya kita swing atau ganti yang tidak elok dalam hati dan isi dengan sesuatu yang mahmudah dan terpuji.

Kita manusia tidak sempurna, tiada seorang anak adam pun yang tidak berdosa. Tidak ada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa tidak mempunyai masa depan. Ha kan dah masuk kata-kata dalam drama Setia Hingga Hujung Nyawa. Apa-apa pun semoga kita sama-sama berusaha memperbaiki diri.


Wallahu a'lam

Nota Hamba: Saling berpesan satu sama lain walau banyak juga perintah Allah yang masih diri tak laksanakan. 




Amni Hayati