Tuesday, December 25, 2012

My Journey 4

Dalam perjalanan balik dari Shah Alam ke kolej kediaman, saya terpikir satu perkara. Entah kenapa masa tu saya rasa, saya tak perlu pakai tudung dulu. Saya takut pandangan orang lain terhadap saya. Takut seandainya ada orang mengatakan saya 'over'. Dan saya tahu pasti akan ramai mata yang memandang nanti. Jadi saya bertanya kepada 2 orang kawan perempuan saya yang menemani saya pergi Shah Alam,

"Errr, kalau aku tak pakai tudung dulu boleh ke? Bukan apa aku takut orang pandang and kata over nanti"

Mereka berdua pandang satu sama lain dan diam sekejap dan kemudian menjawab pertanyaan aku.

"Ermmm, boleh kalau kau rasa tak selesa lagi. Tapi actually tak boleh. Kami kata boleh tapi Allah kata tak boleh. Tapi kalau kau tak bersedia lagi, tak pe la"

So, masa dalam kereta, saya berfikir dan tanya diri sendiri. Ya, memang saya tau tutup aurat itu wajib bagi wanita Muslim. "Kalau kau tak pakai tudung sekarang, dah tu bila nak pakai? Takut makin lama makin payah nanti. Kenapa kau masuk Islam kalau perintah Allah yang satu ini kau tak nak ikut?" hati bermenolog sendirian. Saya ambik keputusan untuk pakai tudung. Biarlah apa orang kata. Biarlah ramai yang memandang nanti. Paling lama orang akan pandang-pandang just untuk few days je, lepastu pasti macam biasa dah. Hati memujuk diri.

So bila balik kolej dan masuk bilik. Saya panggil roomate saya yang tengah khusyuk online masa tu. Dia pandang saya dan saya senyum kat dia. Lepastu dia cakap "Alaaa, dah selalu dah nampak kau pakai tudung" . Okay, for your information, before nie saya pernah la cuba pakai tudung sebab tu dia cakap macamtu. Heh. So saya letak la surat 'convert' saya tu kat meja dia, depan dia. Dia ambik dan baca kemudian baru pandang saya balik. Dia menangis dan peluk saya. "Aku ingat kau saja-saja pakai tudung tadi" . Saya tergelak.

Masa tu dah masuk waktu Isya'. Selepas mencuci diri, kemudian masa untuk solat pertama kali. Since saya tak tahu step dan bacaan-bacaan untuk solat, jadi saya solat jemaah bersama dengan roomate. Itupun dia ajar step-step dan niat solat dulu. Pertama kali solat, saya rasa payah sangat. Bila sujud, kepala terhantuk kat simen since tak boleh agak sangat macam mana nak sujud, bangun after sujud pulak terpijak hujung kain solat. Hampir terjatuh. Time buat tahiyat, jari terketar-ketar. Nervous! Bangun subuh pun macam tu.

 Lepastu saya cuba hafal surah al-fatihah dalam tulisan rumi since surah ini sangat penting. Surah wajib setiap rakaat kan. Buku panduan solat yang ada sedikit sebanyak menolong saya. Alhamdulillah. Untuk masa seminggu saya masih solat dimana kena ada orang lead saya sebab takut terlupa step-step solat. Ada sekali tu saya rasa nak menangis sebab waktu solat asar kalau tak silap, dah nak habis tapi kawan-kawan yang lain ada kelas dan saya tak solat lagi masa tu. Nak menangis sebab tak tahu nak buat macam mana. Lepastu balik kolej naik teksi sebab nak kejar waktu asar. Tapi roomate saya yang seorang dah solat pulak. Okay. Tak lama kemudian roomate saya seorang lagi balik, Alhamdulillah solat dengan dia. Sejak haritu saya nekad belajar dan ingat step-step solat and some surah.

Ohh lupa, pertama kali masuk kelas lepas pakai tudung. Dah la orang paling last masuk kelas. Semua orang pandang. Rasa macam badut pun ada masa tu. Penysarah saya yang tengok senyum suruh saya kedepan dan  kenalkan diri (maksud saya nama Islam saya). Lepas kelas tu, apa yang saya fikirkan ialah cara untuk mengelakkan diri dari teserempak dengan kawan non-muslim/kristian saya. Apa kau ingat fakulti nie besar sangat ke nak mengelak? -__-. Ada rasa takut dan rasa segan. Bimbang mereka tidak memahami situasi saya. 

Saya mesej kawan (non-muslim) saya yang rapat dengan saya since dia tidak tahu lagi pasal nie. Saya bagitahu dia yang saya dah convert dan saya harap dia faham perasaan saya. Dia terkejut dan ada nada kecewa melalui mesej-mesej dia. Dia terkilan sebab saya tak bagitahu saya tentang hal ini terlebih dahulu kepada dia, kalau tak, boleh dia bagi pendapat dan nasihat kepada saya. Saya bagitahu dia, apa-apa pun saya masih kawan dia yang dulu, hanya pengangan kami yang berbeza. Tapi dia tetap tak selesa. Sesuatu yang saya dah agak. Sejak tu, saya rasa dia kerap menjauhkan diri. Dia selalu tak join aktiviti-aktiviti yang kami (coursemate) buat. Even after that dia cuba buat biasa-biasa. Bagi saya tiada apa yang berubah. She's still my friend!. Alhamdulillah kawan-kawan non-muslim yang lain meenghormati keputusan saya. Tetap seperti biasa.

Then, saya berfikir bagaimana nak bagitahu kat family saya. To be honest masa tu, saya tidak ada idea. Kalau ada pun jadi tak ada sebab rasa takut lebih mempengaruhi diri sendiri.

Sebulan after convert kalau tak silap, saya bagitahu abang saya. Orang pertama dalam family saya yang saya bagitahu. Saya bagitahu abang dulu since saya fikir dia tentu lebih memahami situasi saya, lagipun abang saya memang agak rapat dengan saya. Saya bagitau dia yang saya dah convert Islam dan jelaskan kenapa. Pada mulanya ada nada marah dan kecewa yang dia keluarkan, itu memang saya dah jangka sebab perkara ini bukan hal kecil tapi perkara besar. Saya minta dia tak bagitahu family lain terlebih dahulu.