Sunday, December 2, 2012

My Journey 2


2010/2011

Masuk tahun kedua pengajian, cabaran di alam kampus terasa lagi lebih. Hidup di bumi semenanjung memang mencabar bagi saya. Macam-macam terjadi. Hidup kurang terurus and I know, budaya couple dah macam trend dah di alam kampus. Tahun dua pengajian saya rasa saya lebih banyak sedih, menangis. Hidup tak tenang, rasa mencari-cari. Banyak kali pada waktu subuh saya terbangun bila dengar azan, dan menangis, hati rasa sayu. Menangis sampai tertidur balik. Then, saya start searching, baca about Islam di internet. And to be honest, masa tu saya seorang Kristian. Okay, nama agama je kristian, tapi tak pernah care sangat dengan nak pergi Church setiap ahad. Tak tergerak langsung pun hati.

Bila ada cuti mid sem dan cuti semester akan balik rumah di Sibu. Ada sekali masa tengah tengok TV, masa tu pasal peperangan kat Gaza/Palestine or somewhere kat negara Arab tu dan kakak saya cakap

"Tengoklah tu, peperangan muslim, buang anak (isu buang anak di semenanjung yang makin membimbangkan, walau pada hakikatnya setiap negeri menghadapi masalah yang sama) pun orang Islam, buat jenayah yang teruk-teruk pun Islam"

Saya masih ingat lagi. Kemudian secara tak disangka saya menjawab "Tidak semestinya yang buat semua tu orang Islam, pasal peperangan tu orang yang serang negara mereka. Dan kalaupun ada jenayah dan masalah sosial yang melibatkan orang Islam tidak semestinya agama Islam itu yang teruk"

Mungkin ketika tu hati saya sudah jatuh cinta kepada Islam.

Pernah try puasa, buka puasa dan sahur bersama roomate dan kawan-kawan. Part yang paling best bila bulan ramadhan ialah bila tiba waktu nak berbuka puasa. Duduk menghadap makanan dan tunggu azan untuk berbuka. Rasa sangat bersyukur sebab dulu, kawan-kawan banyak cerita dan terangkan pasal Islam. Sometimes saya yang minta mereka ceritakan, Benda yang paling banyak diceritkan ialah pasal tanda-tanda  kiamat, macam mana keadaan di Padang Masyhar kelak.

Dan yang kelakarnya, saya start beli some tudung/hijab. Perjalanan menuju Islam, bukan sesuatu yang mudah, selalu timbul rasa ragu dan tak yakin ketika itu. Sometimes tahu, benda nie yang aku nak, benda nie yang aku cari yang terbaik. Tapi again, rasa macam something yang tengah hold dari meneruskan perjalanan.

So bila tahun kedua dah hampir habis dan mula masuk semester pertama tahun ketiga, hati saya rasa masih tak tenang, masih tercari-cari. Rasa blurr. Again, masa nie saya selalu dengar lagu InshaAllah by Maher Zain. Dengar je rasa semangat. Dan saya suka sangat ayat-ayat dalam Surah Al-Baqarah (baca terjemahan dalam internet). This two things yang selalu buat saya rasa tenang. Dan jika anda tanya saya "mengapa awak masuk Islam?"  " Kalau anda sudah menjumpai sesuatu yang buat anda rasa tenang,buat hidup anda terurus adakah anda akan terus lari daripada perkara tersebut?"

Sampai satu tahap, saya betul-betul pasti Islam yang saya cari, Islam yang dapat tenangkan saya. Ada satu malam tu, saya tak dapat tidur, dan saya sedar yang roomate saya juga ketika tu tak dapat tidur. Then saya datang kepada dia dan menangis. Dia terkejut dan peluk saya dan tanya kenapa. Kami dua keluar jalan-jalan keliling kolej sambil bercerita.  Saya bagitahu dia yang saya betul-betul nak jadi seorang muslim tapi saya takut dengan reaksi family saya. Dan saya juga bagitahu some of my close friend. Lepastu, saya bagitahu diri sendir "Takpela, bila kau abis belajar dan ada kerja sendiri baru convert okay" untuk tenangkan diri sendiri.

Selalu menangis sebab nie, I want to become Muslim, but I am scared of what my family will think. I feel like it would break their hearts. 

My Journey 1

2009/2010

Pertama kali duduk begitu jauh dari keluarga, Sarawak ke Kuala Lumpur, mengambil masa 2 jam kalau menggunakan flight. Sememangnya semua orang semenanjung naik flight pergi Sarawak/Sabah dan begitulah sebaliknya. Selain flight tak tau sebab tak pernah lagi. Duduk di tengah-tengah kota yang metropolitan katanya, bagi saya itu a big challenge. Semester pertama sebagai seorang freshie berlalu dengan jayanya. :) Nothing too much happened, kenal dan jumpa ramai kawan berlainan latar belakang. Dan kebanyakkan kawan-kawan saya sudah tentunya dari kalangan muslim yang ramai since sarawakian dan ibanese macam saya sikit je.

Masuk semester kedua tahun pertama, sedikit perkara mula berubah, saya dapat rasa saya mula interested dengan Islam tapi tidak lah terlalu ketara. Cuma waktu itu saya tak pasti sangat sama ada saya mula tertarik dengan Islam disebabkan saya terpengaruh kerana kebanyakkan kawan-kawan saya ialah muslim dan pada masa yang sama saya kenal seorang hamba Allah, ataupun disebabkan dia saya tertarik dengan Islam? Pada masa itu saya tak pasti dengan perasaan saya.

Ada sekali tu, saya pernah pergi Pusat Islam ditemani abang angkat saya dan seorang kawan. Pada saya, saya sangat menghormati abang angkat saya. Beliau banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat. Dia tahu saya tertarik dengan Islam.Tapi bila pergi Pusat Islam, kami pergi berjumpa dengan orang bahagian pendaftar untuk mualaf, walaupun pada hakikatnya kami dah memberitahu bahawa bukan nak terus 'convert' tapi cuma ingin meminta pendapat dan pandangan mereka terlebih dahulu. A little bit disappointed disitu, to be honest, layanan mereka kurang mesra. Sampaikan ada seorang wanita chinese (muslim) macam tengah argue something dengan orang disitu. Kemudian, kami balik dengan rasa kurang puas hati.

And again, abang angkat saya membeli some books about Islam for me (buku Cara Menunaikan Solat Bagi Perempuan dan buku Fardu Ain). Since salah seorang rakan sebilik saya juga sarawakian and christian,jadi saya agak takut baca buku tu depan dia dan di depan rakan sebilik saya yang muslim jugak sebab saya takut dia ketawakan saya. So saya dengan kawan saya seorang lagi (dia je yang tahu pasal nie waktu tu), pergi beli pembalut buku dan balut buku-buku tersebut. So tak ada la orang tahu kan. (Hahaha). Kalau baca buku tu waktu malam sembunyi-sembunyi. Heh.