Monday, June 20, 2011

Drama Stanza Cinta

Banyak juga drama melayu sekarang yang menarik perhatian aku. Selepas cerita NORA ELENA, kini cerita yang berjudul Stanza Cinta yang juga diadaptasi dari sebuah novel karya Nurul Halawati. Menggunakan lagu Alyah yang berjudul Kisah Hati sebagai lagu tema sangat lah sesuai. :D Cerita Nora Elena aku tak tengok pun. Just tengok episode akhir je.

Stanza Cinta ini, episod pertama aku dah rasa best la, tak tahu la bagi korang kan. Masing-masing punya citarasa tersendiri.

Kalau ikut sinopsis dari novel Stanza Cinta :

Amni Sorfina memerlukan sesorang lelaki yang mampu membimbingnya, bukan lelaki yang dia perlu bimbing. Dalam masa yang sama, dia berasa bertanggungjawab membimbing Irfan ke jalan yang lurus. Perlukah dia mengorbankan cintanya yang terlalu mendalam buat Taufik demi menunaikan sekeping janji dan amanah?

Berhadapan dengan saat paling sukar dalam hidupnya, Amni harus belajar tersenyum dalam derita dan bersangka baik dengan segala takdir Allah buatnya. Apakah ini bermakna dia harus melepaskan pergi sesuatu yang paling diinginkan, yang sejak sekian lama baru ditemui?

Lakonan : Nur Fathia, Aaron Aziz dan Fizz Fairuz
Setiap Ahad jam 9 malam TV3