Tuesday, January 22, 2013

Salam Maulidur Rasul 2013

Assalamulaikum,




Dalam 1 hari lagi, tinggal rabu je kan iaitu khamis, 24 Januari 2013 (12 Rabiulawal 1434 Hijrah) kita bakal menyambut Malidur Rasul iaitu  hari kelahiran Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. Tetapi saya ingin membuat entry awal bersempena sambutan Maulidur Rasul nanti.

Sungguh sebelum kedatangan Islam dan kelahiran Rasulullah s.a.w, manusia bertindak melakukan sesuatu berlandaskan hawa nafsu dan hidup dalam zaman jahiliah, namun Islam datang memberikan panduan, ajaran dan tuntutanNya. Kelahiran Rasulullah s.a.w memberikan sinar baru kepada penghuni seluruh alam kerana kehadirannya membawa rahmat. 

"KAMI tidak mengutus engkau (Ya Muhammad) melainkan menjadi rahmat untuk semesta alam" (al-Anbiyaa: 107)

Walaupun Rasulullah s.a.w telah meninggalkan kita buat selama-lamanya namun apa yang ditinggalkan untuk umatnya iaitu al-Quran dan sunnahnya tetap dijadikan model sebagai panduan hidup. Berutungnya kita sebagai orang Muslim kerana Islam itu bukanlah sekadar agama semata-mata tapi Islam ialah "The way of Life" bagi kita. 

Membaca sirah-sirah perjuangan Rasulullah s.a.w, hati menjadi terdetak "Hebatnya Baginda dalam memperjuangkan Islam, tabah dan kuatnya Baginda dengan segala dugaan dan cabaran yang datang sehingga mampu menyebarkan agama Islam di segala pelusuk dunia."

Rasulullah s.a.w pernah berpesan " Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnahku." (Hadis sahih direkodkan oleh Imam Malik). Sungguh, Baginda telah memberi peringatan dan panduan apa yang harus dilakukan untuk menjadi Muslim yang hebat. 


Allahuma salli 'ala sayydina Muhammad wa alaa 'Alahi wa salam

Nota Hamba: Sedang mendengar lagu Wahai Kekasih (Nazrey Johani) dan baca buku 100 Pesanan Terakhir Rasulullah. ;) Ottoke? tiba-tiba rasa entry ni super formal la.


Amni Hayati