Saturday, January 12, 2013

Surat Dari Sahabat




Assalamua’laikum…
Nur Amni Hayati :)
Cantik nama tuh secantik budi pekerti tuan punya nama :). Alhamdulillah seribu terima kasih dan jutaan syukur ke hadrat Illahi. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala-galanya. Dia Maha Berkuasa ke atas segala makhluk di muka bumi ini. Dia mencipta dan mematikan kita tanpa ada halangan. Dan Dia memberikan hidayah serta petunjuk kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki Maha Besar Allah. Yati sekarang adalah saudara baru. Seperti kapas putih, Yati ‘dilahirkan’ semula :) .
Nur Amni Hayati,
Life never easy. But if you put smile on it, it would be move easy than you expected. Please remain  strong and keep going until the end. Allah akan meletakkan beban yang sesuai untuk dipikul. Sungguh tiada hamba yang akan dipinggirkan except hamba itu akan menjauhi diri dari Allah. Allah sentiasa bersama hambaNya selagi mana hamba itu mengingati Allah. Seperti mana kita berusaha tetapi kita lupa pada Sang Pencipta, maka sia-sia usaha kita. Jangan sesekali berpaling dari Jalan Allah dear.
Jika mempunyai bebanan/masalah, jangan merungut. Jangan mengeluh malah katakan “Allah sentiasa bersamaku, Dia tidak akan sekali-kali tinggalkan aku sendirian”. Kadang-kadang manusia akan alpa dan leka dengan godaan dunia, hasutan nafsu dan tipu daya syaitan. Tapi selagi kau berpegang pada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w, tiada apa yang akan dapat menggoyahkan hati dan iman mu pada jalan Allah. Ingatlah, jalanilah hidupmu berpandukan Al-Quran dan sunnah untuk mencapai nikmat jannah yang abadi :)
Nur Amni Hayati,
Bila rasa sedih pandanglah langit yang terbentang luas dan bertasbih pada Allah yang Esa. Lihat gunung-ganang yang tersergam megah dan ucaplah syukuran kepadaNya. Bila rasa kecewa/terluka, bayangkanlah air sungai yang tidak pernah berhenti mengalir, memberi nikmat pada manusia, haiwan, dan alam. Maka ucaplah zikir menandakan kebesaran Allah. Jika rasa tertekan, rasa mahu menangis, lihatlah air hujan dan sang mentari yang sentiasa setia pada Sang Pencipta, berdoalah pada Allah untuk ketenangan dirimu.
Begitu juga apabila dalam happy, excited or peaceful moment, ingatlah pada Dia yang satu. Sentiasa bertasbih dan zikir. This what I’m doing always and Insya Allah segala ketenangan itu akan datang dengan sendirinya. Jangan cepat melatah/mengalah apabila cabaran/dugaan datang. Segala dugaan/ujian datang dari Allah. Dia mahu melihat ketabahan dan kesabaran hambaNya. Jadi sentiasa penuhkan dada dan dirimu dengan ilmu dan iman.
“Jaga diri, peliharalah imanmu"
Nota Hamba: Tengah mengemas barang-barang terjumpa surat yang ditulis dalam note kecil. dari seorang sahabat/roomate pada 19 Mac 2012 (few days after saya revert) :). Dia banyak bagi nasihat. :) Thanks Zatil Hidayah Hamizi. Ukhuwah fillah abadan abada.