Tuesday, December 25, 2012

My Journey 4

Dalam perjalanan balik dari Shah Alam ke kolej kediaman, saya terpikir satu perkara. Entah kenapa masa tu saya rasa, saya tak perlu pakai tudung dulu. Saya takut pandangan orang lain terhadap saya. Takut seandainya ada orang mengatakan saya 'over'. Dan saya tahu pasti akan ramai mata yang memandang nanti. Jadi saya bertanya kepada 2 orang kawan perempuan saya yang menemani saya pergi Shah Alam,

"Errr, kalau aku tak pakai tudung dulu boleh ke? Bukan apa aku takut orang pandang and kata over nanti"

Mereka berdua pandang satu sama lain dan diam sekejap dan kemudian menjawab pertanyaan aku.

"Ermmm, boleh kalau kau rasa tak selesa lagi. Tapi actually tak boleh. Kami kata boleh tapi Allah kata tak boleh. Tapi kalau kau tak bersedia lagi, tak pe la"

So, masa dalam kereta, saya berfikir dan tanya diri sendiri. Ya, memang saya tau tutup aurat itu wajib bagi wanita Muslim. "Kalau kau tak pakai tudung sekarang, dah tu bila nak pakai? Takut makin lama makin payah nanti. Kenapa kau masuk Islam kalau perintah Allah yang satu ini kau tak nak ikut?" hati bermenolog sendirian. Saya ambik keputusan untuk pakai tudung. Biarlah apa orang kata. Biarlah ramai yang memandang nanti. Paling lama orang akan pandang-pandang just untuk few days je, lepastu pasti macam biasa dah. Hati memujuk diri.

So bila balik kolej dan masuk bilik. Saya panggil roomate saya yang tengah khusyuk online masa tu. Dia pandang saya dan saya senyum kat dia. Lepastu dia cakap "Alaaa, dah selalu dah nampak kau pakai tudung" . Okay, for your information, before nie saya pernah la cuba pakai tudung sebab tu dia cakap macamtu. Heh. So saya letak la surat 'convert' saya tu kat meja dia, depan dia. Dia ambik dan baca kemudian baru pandang saya balik. Dia menangis dan peluk saya. "Aku ingat kau saja-saja pakai tudung tadi" . Saya tergelak.

Masa tu dah masuk waktu Isya'. Selepas mencuci diri, kemudian masa untuk solat pertama kali. Since saya tak tahu step dan bacaan-bacaan untuk solat, jadi saya solat jemaah bersama dengan roomate. Itupun dia ajar step-step dan niat solat dulu. Pertama kali solat, saya rasa payah sangat. Bila sujud, kepala terhantuk kat simen since tak boleh agak sangat macam mana nak sujud, bangun after sujud pulak terpijak hujung kain solat. Hampir terjatuh. Time buat tahiyat, jari terketar-ketar. Nervous! Bangun subuh pun macam tu.

 Lepastu saya cuba hafal surah al-fatihah dalam tulisan rumi since surah ini sangat penting. Surah wajib setiap rakaat kan. Buku panduan solat yang ada sedikit sebanyak menolong saya. Alhamdulillah. Untuk masa seminggu saya masih solat dimana kena ada orang lead saya sebab takut terlupa step-step solat. Ada sekali tu saya rasa nak menangis sebab waktu solat asar kalau tak silap, dah nak habis tapi kawan-kawan yang lain ada kelas dan saya tak solat lagi masa tu. Nak menangis sebab tak tahu nak buat macam mana. Lepastu balik kolej naik teksi sebab nak kejar waktu asar. Tapi roomate saya yang seorang dah solat pulak. Okay. Tak lama kemudian roomate saya seorang lagi balik, Alhamdulillah solat dengan dia. Sejak haritu saya nekad belajar dan ingat step-step solat and some surah.

Ohh lupa, pertama kali masuk kelas lepas pakai tudung. Dah la orang paling last masuk kelas. Semua orang pandang. Rasa macam badut pun ada masa tu. Penysarah saya yang tengok senyum suruh saya kedepan dan  kenalkan diri (maksud saya nama Islam saya). Lepas kelas tu, apa yang saya fikirkan ialah cara untuk mengelakkan diri dari teserempak dengan kawan non-muslim/kristian saya. Apa kau ingat fakulti nie besar sangat ke nak mengelak? -__-. Ada rasa takut dan rasa segan. Bimbang mereka tidak memahami situasi saya. 

Saya mesej kawan (non-muslim) saya yang rapat dengan saya since dia tidak tahu lagi pasal nie. Saya bagitahu dia yang saya dah convert dan saya harap dia faham perasaan saya. Dia terkejut dan ada nada kecewa melalui mesej-mesej dia. Dia terkilan sebab saya tak bagitahu saya tentang hal ini terlebih dahulu kepada dia, kalau tak, boleh dia bagi pendapat dan nasihat kepada saya. Saya bagitahu dia, apa-apa pun saya masih kawan dia yang dulu, hanya pengangan kami yang berbeza. Tapi dia tetap tak selesa. Sesuatu yang saya dah agak. Sejak tu, saya rasa dia kerap menjauhkan diri. Dia selalu tak join aktiviti-aktiviti yang kami (coursemate) buat. Even after that dia cuba buat biasa-biasa. Bagi saya tiada apa yang berubah. She's still my friend!. Alhamdulillah kawan-kawan non-muslim yang lain meenghormati keputusan saya. Tetap seperti biasa.

Then, saya berfikir bagaimana nak bagitahu kat family saya. To be honest masa tu, saya tidak ada idea. Kalau ada pun jadi tak ada sebab rasa takut lebih mempengaruhi diri sendiri.

Sebulan after convert kalau tak silap, saya bagitahu abang saya. Orang pertama dalam family saya yang saya bagitahu. Saya bagitahu abang dulu since saya fikir dia tentu lebih memahami situasi saya, lagipun abang saya memang agak rapat dengan saya. Saya bagitau dia yang saya dah convert Islam dan jelaskan kenapa. Pada mulanya ada nada marah dan kecewa yang dia keluarkan, itu memang saya dah jangka sebab perkara ini bukan hal kecil tapi perkara besar. Saya minta dia tak bagitahu family lain terlebih dahulu. 


Thursday, December 6, 2012

My Journey 3


Masuk final semester (3rd year), saya tak boleh menipu hati diri lagi. Rasa makin teruk. Kalau ikutkan perancangan saya, saya ingin memeluk Islam apabila telah berkerja. Sebab in case, family saya tak boleh terima, saya masih boleh survive dan ada pendapatan sendiri sehingga menunggu waktu mereka terima. Kalau saya convert before saya kerja dan masih belajar, kalau mereka tidak terima, pada siapa saya bergantung?

“Sungguh agama yang diredhai di sisi Allah adalah agama Islam” [Ali Imran:19]
Barangsiapa yang mencari agama lain selain Islam maka ia tidak akan diterima dan kelak di akhirat tergolong orang-orang yang merugi [Ali Imran:15] 

Since saya selalu try search kat internet pasal Islam, baca terjemahan al-Quran di internet, sampai saya terjumpat ayat al-Quran di atas yang membuat saya rasa sebak. Saya  tanya diri “Seandainya sekarang, esok atau malam esok nyawa kau diambil, sempatkah kau mengucap kalimah syahadah? Mati sebagai orang yang sesat, kafir?”  

Hati rasa takut dengan semua pertanyaan sendiri. Then saya mesej kawan saya kat facebook, ajak dia jalan-jalan keliling kolej. Sampai di satu salah satu sudut di kolej,  kami duduk di situ. Saya bagitahu dia yang saya serius dan nekad ingin memeluk Islam, saya tidak kisah apa akan terjadi sekalipun family tidak akan terima. Saya minta dia tolong saya. As I expected, dia macam tak percaya walaupun dia tahu niat saya sebelum nie. Mungkin tak sangka secepat itu kot. Dalam bagitahu dia, saya senyum dan menangis sikit sambil dalam hati berkata “Ini yang saya ingin selama ini”.

Dia berjanji tolong untuk bawa saya pegi pejabat pendaftaran islam, untuk kalimah syahadah dan daftar nama. Tapi kalau ikutkan, malam before daftar tu  kawan saya ajar ucap dua kalimah syahadah dan saya ikut, tapi since memerlukan 2 saksi, jadi belum dikira sah lagi kan. Then, dia call seorang lagi kawan kami dan bagitahu niat saya. Kawan saya yang seorang lagi tu yang sediakan nama saya. :) Kemudian, kami call seorang kawan lelaki sebab nak minta tolong dia since dia ada kereta untuk hantar kami ke pejabat tu. Dia bersetuju. 

Pagi esoknya dalam pukul 9 pagi macamtu, kami bersiap, saya pakai baju kurung kaler purple. Heh. Tiba-tiba kawan yang janji nak hantar tu call and bagitahu tak boleh nak hantar sebab tiba-tiba ada urgent. Okay, when you want to do something good, macam-macam lah halangan kan. Plus seorang lagi saksi lelaki kami pun kata tak jadi sebab ada hal jugak. -__-. Okay sekarang kena cari orang hantar dan juga saksi-saksi baru. Alhamdulillah, kawan kepada kawan saya yang berada di Shah Alam boleh tolong dan nak hantar. Dia ajak kawan dia since memerlukan 2 orang saksi lelaki. Then, saya, kawan saya 2 orang dan 2 orang saksi tu heh, pergi ke pejabat. Sampai disana berjumpa dengan pihak bahagian pendaftar bagi mualaf.

Firstly, dia tanya sama ada saya betul-betul nak convert? Then dia terangkan serba sedikir pasal Islam, pasal 5 rukun islam, dan juga 6 rukun iman serta bagi nasihat. Then dia minta saya mengucapkan 2 kalimah syahadah, ikut sebutan dia. Alhamdulillah, everything is settled. Then dia tanya sama ada saya tukar nama, saya cakap just tambah. 

BUT, kepada yang berniat convert dan tukar nama, kena tanya diaorg dahulu sama ada boleh tak kekalkan nama ayah kita. Saya tahu, biasanya kalau dah convert pasti ber-binti kan Abdullah kan?. Anda kena tanya mereka sebab kalau kita tak tanya mereka akan letak Abdullah terus je. Dulu memang kena letak Abdullah la kot tapi sekarang anda masih boleh ber-binti kan nama ayah sendiri. Jangan ambil mudah perkara ini, nampak kecik tapi sebenarnya perkara besar. Since ramai parents yang kecik hati gara-gara apabila anak dah convert, terus letak Abdullah, sebagai pengganti nama ayah. Ayah mana yang tak terasa. Untuk mengelakkan perkara ini terjadi, do ask them first supaya kekalkan nama ayah dalam pendaftaran.

p/s: Perjalanan ini tidak terhenti disini, hanya permulaan..Bila rajin saya sambung. :) 

Sunday, December 2, 2012

My Journey 2


2010/2011

Masuk tahun kedua pengajian, cabaran di alam kampus terasa lagi lebih. Hidup di bumi semenanjung memang mencabar bagi saya. Macam-macam terjadi. Hidup kurang terurus and I know, budaya couple dah macam trend dah di alam kampus. Tahun dua pengajian saya rasa saya lebih banyak sedih, menangis. Hidup tak tenang, rasa mencari-cari. Banyak kali pada waktu subuh saya terbangun bila dengar azan, dan menangis, hati rasa sayu. Menangis sampai tertidur balik. Then, saya start searching, baca about Islam di internet. And to be honest, masa tu saya seorang Kristian. Okay, nama agama je kristian, tapi tak pernah care sangat dengan nak pergi Church setiap ahad. Tak tergerak langsung pun hati.

Bila ada cuti mid sem dan cuti semester akan balik rumah di Sibu. Ada sekali masa tengah tengok TV, masa tu pasal peperangan kat Gaza/Palestine or somewhere kat negara Arab tu dan kakak saya cakap

"Tengoklah tu, peperangan muslim, buang anak (isu buang anak di semenanjung yang makin membimbangkan, walau pada hakikatnya setiap negeri menghadapi masalah yang sama) pun orang Islam, buat jenayah yang teruk-teruk pun Islam"

Saya masih ingat lagi. Kemudian secara tak disangka saya menjawab "Tidak semestinya yang buat semua tu orang Islam, pasal peperangan tu orang yang serang negara mereka. Dan kalaupun ada jenayah dan masalah sosial yang melibatkan orang Islam tidak semestinya agama Islam itu yang teruk"

Mungkin ketika tu hati saya sudah jatuh cinta kepada Islam.

Pernah try puasa, buka puasa dan sahur bersama roomate dan kawan-kawan. Part yang paling best bila bulan ramadhan ialah bila tiba waktu nak berbuka puasa. Duduk menghadap makanan dan tunggu azan untuk berbuka. Rasa sangat bersyukur sebab dulu, kawan-kawan banyak cerita dan terangkan pasal Islam. Sometimes saya yang minta mereka ceritakan, Benda yang paling banyak diceritkan ialah pasal tanda-tanda  kiamat, macam mana keadaan di Padang Masyhar kelak.

Dan yang kelakarnya, saya start beli some tudung/hijab. Perjalanan menuju Islam, bukan sesuatu yang mudah, selalu timbul rasa ragu dan tak yakin ketika itu. Sometimes tahu, benda nie yang aku nak, benda nie yang aku cari yang terbaik. Tapi again, rasa macam something yang tengah hold dari meneruskan perjalanan.

So bila tahun kedua dah hampir habis dan mula masuk semester pertama tahun ketiga, hati saya rasa masih tak tenang, masih tercari-cari. Rasa blurr. Again, masa nie saya selalu dengar lagu InshaAllah by Maher Zain. Dengar je rasa semangat. Dan saya suka sangat ayat-ayat dalam Surah Al-Baqarah (baca terjemahan dalam internet). This two things yang selalu buat saya rasa tenang. Dan jika anda tanya saya "mengapa awak masuk Islam?"  " Kalau anda sudah menjumpai sesuatu yang buat anda rasa tenang,buat hidup anda terurus adakah anda akan terus lari daripada perkara tersebut?"

Sampai satu tahap, saya betul-betul pasti Islam yang saya cari, Islam yang dapat tenangkan saya. Ada satu malam tu, saya tak dapat tidur, dan saya sedar yang roomate saya juga ketika tu tak dapat tidur. Then saya datang kepada dia dan menangis. Dia terkejut dan peluk saya dan tanya kenapa. Kami dua keluar jalan-jalan keliling kolej sambil bercerita.  Saya bagitahu dia yang saya betul-betul nak jadi seorang muslim tapi saya takut dengan reaksi family saya. Dan saya juga bagitahu some of my close friend. Lepastu, saya bagitahu diri sendir "Takpela, bila kau abis belajar dan ada kerja sendiri baru convert okay" untuk tenangkan diri sendiri.

Selalu menangis sebab nie, I want to become Muslim, but I am scared of what my family will think. I feel like it would break their hearts. 

My Journey 1

2009/2010

Pertama kali duduk begitu jauh dari keluarga, Sarawak ke Kuala Lumpur, mengambil masa 2 jam kalau menggunakan flight. Sememangnya semua orang semenanjung naik flight pergi Sarawak/Sabah dan begitulah sebaliknya. Selain flight tak tau sebab tak pernah lagi. Duduk di tengah-tengah kota yang metropolitan katanya, bagi saya itu a big challenge. Semester pertama sebagai seorang freshie berlalu dengan jayanya. :) Nothing too much happened, kenal dan jumpa ramai kawan berlainan latar belakang. Dan kebanyakkan kawan-kawan saya sudah tentunya dari kalangan muslim yang ramai since sarawakian dan ibanese macam saya sikit je.

Masuk semester kedua tahun pertama, sedikit perkara mula berubah, saya dapat rasa saya mula interested dengan Islam tapi tidak lah terlalu ketara. Cuma waktu itu saya tak pasti sangat sama ada saya mula tertarik dengan Islam disebabkan saya terpengaruh kerana kebanyakkan kawan-kawan saya ialah muslim dan pada masa yang sama saya kenal seorang hamba Allah, ataupun disebabkan dia saya tertarik dengan Islam? Pada masa itu saya tak pasti dengan perasaan saya.

Ada sekali tu, saya pernah pergi Pusat Islam ditemani abang angkat saya dan seorang kawan. Pada saya, saya sangat menghormati abang angkat saya. Beliau banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat. Dia tahu saya tertarik dengan Islam.Tapi bila pergi Pusat Islam, kami pergi berjumpa dengan orang bahagian pendaftar untuk mualaf, walaupun pada hakikatnya kami dah memberitahu bahawa bukan nak terus 'convert' tapi cuma ingin meminta pendapat dan pandangan mereka terlebih dahulu. A little bit disappointed disitu, to be honest, layanan mereka kurang mesra. Sampaikan ada seorang wanita chinese (muslim) macam tengah argue something dengan orang disitu. Kemudian, kami balik dengan rasa kurang puas hati.

And again, abang angkat saya membeli some books about Islam for me (buku Cara Menunaikan Solat Bagi Perempuan dan buku Fardu Ain). Since salah seorang rakan sebilik saya juga sarawakian and christian,jadi saya agak takut baca buku tu depan dia dan di depan rakan sebilik saya yang muslim jugak sebab saya takut dia ketawakan saya. So saya dengan kawan saya seorang lagi (dia je yang tahu pasal nie waktu tu), pergi beli pembalut buku dan balut buku-buku tersebut. So tak ada la orang tahu kan. (Hahaha). Kalau baca buku tu waktu malam sembunyi-sembunyi. Heh.



Saturday, July 28, 2012

Ramadhan Kareem



                   Assalamualaikum, lamanya dah tak buat entry baru disebabkan agak busy and malas. :p Okay lambat buat entry pasal Ramadhan but its not too late to wish Salam Ramadhan yang jatuh pada 21 Julai 2012 (Sabtu) dan semoga bulan yang mulia ini dapat kita manfaatkan sepenuhnya. Puasa bukan puasa makan minum je tapi puasa mata, hati, lidah, telinga, kaki kita juga.

              By the way, ini merupakan Ramadhan pertama saya after hampir 5 bulan as a muslim. Ramai kawan-kawan yang bertanya macam mana rasanya ramadhan pertama. Automatik pertama kali juga saya merasa berterawih.

"Macam mana puasa? Okay? Susah tak?"

            To be honest, menahan lapar dan haus itu tidaklah sesusah mana sebab masa ramadhan yang sebelum-sebelum nie saya pernah cuba berpuasa bersama coursemates, roomates, buka puasa and bersahur bersama mereka. So ianya bukan cabaran yang sangat besar bagi saya. Yang menjadi cabarannya ialah untuk memenuhi bulan ramadhan saya dengan benda-benda yang bermanfaat, mempertingkatkan lagi amalan, doing more good deeds. I know bulan ramadhan sangat sinonim dengan orang baca Al-Quran, they're trying to finish some surah, baca sebanyak mana juzuk yang mereka mampu and itu yang saya rasa envy sangat since saya still don't know how to read it dengan sempurna. -___-

            Rasanya macam : semua orang tahu benda tu dan hanya anda seorang yang tak tahu. Rasa teruk kan macam tu. Argh! I will try my best lagi okay. For sure tu. -__- . Nak sempurnakan semua surah-surah before I get married (cakap macamnie doesn't mean I have a calon ye). Sapa yang tak nak jadi one of cikgu bagi anak-anak mereka when it comes untuk mengajar anak-anak mengaji al-Quran. I want too. heh so kena work hard for it. Well, it feels like betul-betul macam baby lagi. Merangkak-rangkak. -__-

           Okay, Once again, Salam Ramadhan uolls. :) Semoga kita istiqamah dengan semua amalan yang kita lakukan ketika berada di bulan Ramadhan and even bulan Ramadhan untuk tahun ini berlalu nanti. Bila bulan ramadhan kita start solat on time, solat lima waktu tak tinggal, selalu baca al-Quran and the other good deeds semoga after ramadhan kita akan tetap meneruskan semua tu. Amin. :)


Saturday, June 9, 2012

Marilah Bersyukur

Assalamualaikum,

Lately banyak penat otak sebab banyak pikirkan banyak perkara, benda dan manusia juga. Heh. Apa la yang saya melalut nie kan, apapun hanya nak share (orang kata sharing is caring).

Saya selalu dan pernah sampai satu ketika bila terlalu banyak masalah yang datang. Saya kata 

"Kenapalah Allah bagi ujian seberat ini kepada saya"

Astaghfirullah, tidak bersyukurnya saya kan. Bila tak dapat apa yang kita nak, memang hidup rasa macam tak pernah dapat apa-apa, padahal kalau betul-betul muhasabah diri...nah! nikmat yang Allah bagi sebenarnya tidak terhitung. Tapi disebabkan tidak dapat memiliki satu dua perkara, kita rasa tak pernah dapat apa yang kita nak.

Last few days, borak-borak dengan kawan dan bercerita, nasihat menasihati..itu perlu. :)

The point yang saya nak terangkan ialah yang Allah blessing our life in different ways. Tak dapat hilang cinta seorang lelaki/wanita doesn't mean yang kita tidak akan dapat jodoh kita (kita cuma hilang orang yang kita cinta/hendak tetapi for sure Allah akan bagi kita seseorang yang kita perlukan one day. InshaAllah. Seorang imam yang akan memimpin kita. 

"Dan segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah" (Adz Dazariyaat 51:49)

Mempunyai dan memiliki sahabat-sahabat yang sentiasa ada disisi bila kita memerlukan orang untuk mendengar cerita dan keluhan kita, sudah cukup menandakan yang Allah blessing our life in different ways. Allah ambik orang yang kita cinta tetapi Dia tetap bagi kita sahabat-sahabat kita.

Apa yang patut dilakukan ialah sentiasa lihat apa yang kita ada dan bukannya yang telah pergi dan yang hilang dari kita. Cakap memang senang kan? Yes! benda seperti ini bukan hanya dibuat sekali sahaja terus hilang. Nope, seperti kita mandi jugak. Kita perlu sentiasa mandi untuk terus membersihkan diri begitu juga perkara nie..please fikirkan cause i'm not good dalam explain benda nie. hehe

"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang sabar" (Ali Imran 3:146)

"Dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai ujian; dan kepada kami-lah kamu semua akan dikembalikan. (Al-Anbiyaa: 35)

Semakin kita sabar semakin Allah sayang. Ingat, dunia ini memang tempat kebahagian dan kesusahan tapi Jannah (syurga) hanya yang indah-indah sahaja..kebahagian, keamanan.. :)

p/s: actually ini post lama saya kat tumbIr. :)

Saturday, June 2, 2012

Musibah Itu Teguran dari Allah

A: "Ya Allah, banyaknya masalah..aku tak kuat Ya Allah"

B: "Sabar..musibah/dugaan/cabaran yang Allah bagi untuk menguji kekuatan dan kesabaran kita"


Pasti selalu dengar kata-kata macam kat atas tu kan. Kita selalu ingat Allah bagi ujian/dugaan/cabaran/musibah kepada kita untuk menguji kesabaran dan kekuatan kita. Ya. memang. Allah bagi cubaan dan dugaan kepada kita untuk menguji kesabaran dan kekuatan kita.

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Surah AlBaqarah : Ayat 214)

Tapi kita juga harus ingat bahawa Allah bagi ujian/cubaan/musibah sebab kadang-kadang kita hambaNya nie kadang-kadang lalai. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai seorang khalifah di dunia nie. Kita lalai, hanyut, kita jarang ingat Allah walaupun kita claimed yang Allah nombor satu dalam hati kita, kita kata kita sayang Allah.tapi sebenarnya? tindakan kita? kelakuan kita tak pun menunjukkan dan tidak seiring dengan kata-kata kita Saya sendiri pun macam nie..selalu lalai. 



Disebabkan Allah sayang hambaNya, Dia berikan kita teguran melalui musibah/cubaan supaya kita mengadu kepada Dia and turn to Him.



” Dan mintalah pertolongan dari ALLAH dengan kesabaran dan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang2 yang khusyuk “
[Al-Baqarah (2): 45]


Thursday, May 31, 2012

Deen-II-Islam (Zain Bhikha)

                                                 MashaAllah, I love this song..so beautiful


I
f you ask me, why do I stand here,
So unafraid of everything around me.
Proudly I would say'; I am a Muslim.
If you ask her, why does she dress that way,
All covered up in a world that gives it all away.
Proudly she would say; I am a Muslim. 

Deenil Islam deeni Wala ardab gheiru deeni Muhammad elli hadeeni Nourel iman. 

If you ask me, surely this cannot be,
You give your wealth so free, and you say your life is charity.
It aint hard to see; I am a Muslim.
If you ask him, why does it hurt so,
When he sees injustice, even though its folks he doesnt know..
With tears in his eyes he says; I am a Muslim.

Deenil Islam deeni Wala ardab gheiru deeni Muhammad elli hadeeni Nourel iman. 

If you ask her, why doesnt she cry,
Theres no one by her side, shes the only one thats left behind.
Patiently she sighs; I am a Muslim.
If you ask him, why does he still pray,
Five times a day when so many others have strayed.
Smiling he would say; I am a Muslim.

Deenil Islam deeni Wala ardab gheiru deeni Muhammad elli hadeeni Nourel iman. 

If you ask me, why do I love you?
No matter where you are, we are the greatest Ummah.
With the beating of our hearts, we are Muslim.

La-illah-ha-illalah Muhammad-ur-rasullulah,
There is no God But Allah,
La-illah-ha-illalah Muhammad-al-Mustapha
Muhammad is His messenger
La-illah-ha-illalah Muhammad-ur-rasullulah,
There is no God But Allah,
La-illah-ha-illalah Muhammad-al-Mustapha
Muhammad is His messenger.
La-illah-ha-illalah Muhammad-ur-rasullulah,
There is no God But Allah,
La-illah-ha-illalah Muhammad-al-Mustapha
Muhammad is His messenger

You're Not Alone

Since lama dah tak update blog nie, rasa macam banyak pula benda nak diceritakan tapi tidaklah banyak mana pun.

22 May 2012 yang lalu ada berjumpa dengan Ustaz Ayub Abdul Rahman. Pertama kali berjumpa, orangnya sangat friendly and fatherly. Okay mungkin ramai yang tahu sangat pasal beliau, mungkin la. Tapi Ustaz Ayub nie sangat aktif dalam gerakan dakwah beliau. Apa-apa pun saya nak bagitau sedikit sebanyak mengenai Ustaz Ayub.

Dahulunya Ustaz Ayub nie seorang paderi besar kristian yang pernah berkhidmat di Gereja St. Agustine of Canterbury Frankfurt Jerman selama hampir 10 tahun. Kalau nak lebih tahu lanjut sila KLIK. Bila berjumpa secara berdepan sendiri dengan beliau, rasa kagum dengan semangat dan sayang beliau terhadap Islam. Dalam kepala saya masa tu tak tercapai akal yang seorang yang dahulunya pernah menjadi paderi dan diberi kuasa untuk mengampunkan dosa-dosa orang yang pergi gereja, finally embrace Islam. Tetapi itulah kekuasaan Allah, Allah akan bagi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki. SubhanaAllah.

Banyak nasihat yang Ustaz Ayub berikan dan bagaimana berhadapan dengan family. Tidaklah larat saya nak memuatkan segalanya dalam entry ini. Beliau ceritakan sedikit perjalanan hidup beliau after embrace Islam, perjalanan dakwah dan kenapa Islam menjadi pilihan. Bila dengar apa yang dikatakan beliau, seriously, dalam hati saya "SubhanaAllah". Alhamdulillah, dalam menghadapi dugaan dan cabaran ini, saya tahu saya tidak keseorangan. Ramai yang menghulurkan tangan yang sentiasa membantu. Memberi sokongan dan dorongan untuk terus kuat.

“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. “

Surah Al-Fussilat, 41:30

Monday, April 9, 2012

Fikirkanlah Pandangan Allah, Bukan Manusia.


Benda-benda yang selalu orang perkatakan..okay termasuk diri sendiri kadang-kadang. heh. Apa-apun sama-sama kita renungkan yang ini..

Kita tulis benda-benda baik..tidak semestinya kita baik..
Tapi sekurang-kurangnya kita tak tulis sesuatu yang tak baik kan?

Kita cakap benda baik, tak semestinya kita baik..
Tapi sekurang-kurangnya kita tak cakap perkara-perkara yang tak baik kan?

Kita buat baik, tak semestinya kita baik...
Tapi sekurang-kurangnya kita tak buat perkara yang tak baik kan?

p/s : Kita bukanlah bagus sangat, tapi InshaAllah, tak salah kita menuju dan berusaha menjadi baik..Amin Ya robbal 'alamin.


Again, yang ini pun selalu jugak terjadi kan?.. ;)

Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI
Bila jadi baik, ORANG MELUAT

Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM..
Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata "ASTAGHFIRULLAH..APA LA NAK JADI..NAK KIAMAT KOT?"

Bila kita ikut peraturan ada orang kata kita SKEMA..
Bila langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN..

Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGOS!
Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR!

Bila pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni KAMPONG GILER!
Bila kita pakai 'dedah sana dedah sini' ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free..

Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG LAIN, BOLEH?
Bila kita sindir menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?

p/s : dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita..Apa yang kita buat semua salah. Semuanya tak betul di mata mereka. Kalau buat salah sudah tentunya salah, tetapi jika buat baik pun masih ada yang nak mengata..ingat pesanan ini.. Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula, perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita...bukan pandangan manusia. 

Saturday, April 7, 2012

Power itu ada pada Allah.


Assalamualaikum,

Lamanya dah tak ber-update kan. Dalam proses 'training' hati nie. Hehhee..Hati sesuatu yang agak payah kita nak pujuk bila kita tak dapat apa yang kita inginkan. Dan jugak memang dah lumrah kehidupan, kita tidak akan dapat semua yang kita nak. Sebab power untuk mendapatkan semuanya bukan pada kita tetapi pada Allah s.w.t . Power kita ialah berusaha sebaik mungkin..yang lebih-lebih serah pada Allah. Lagi-lagi soal jodoh/hati/cinta. -.-

Sentiasa tanamkan dalam hati dan minda, apa-apa yang kita lakukan, semuanya hanya akan berjalan dengan kuasa Allah. Sebab kalau Allah dah tetapkan benda tue bukan untuk kita, sekuat mana pun kita berusaha..tak akan jadi milik kita..

Walau perit, pahit sekalipun..pasti akan manis akhirnya kerana tiada yang kekal dalam dunia ini. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya! Ada hikmah yang terlihat secara zahir dan ada hikmah yang kita tak sedar yang memang datang. Contohnya, ujian/dugaan yang Allah bagi sebab Dia nak kita kembali kepadaNya.

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. (Surah Al Insyirah: Ayat 5-6)

Kalau suka sesuatu/seseorang, banyakkan memohon kepada Allah dan dalam masa yang sama ajar hati untuk redha dengan apa jua yang terjadi/bakal terjadi.

Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allahlah (datangnya), dan bila kamu ditimpa kemudaratan, maka hanya kepadaNya lah kamu meminta pertolongan. (Surah An-Nahl: Ayat 53)

"...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 2:216)

Merancang, berusaha itu perlu tetapi jangan lupa hanya Allah ada power untuk semuanya berjalan sesuai dengan perancangan kita. 

p/s : entry ini untuk muhasabah diri sendiri. -.-