Monday, April 29, 2013

Hidup Ini Lapangan Ujian

Assalamualaikum,




Sejak kebelakangan ni, keadaan terasa agak messy. Hati rasa tercari-cari. Allahurabbi, terasa banyak perkara yang terjadi. Perkara yang membuat hati rasa tidak tenteram. Hanya Allah sahaja yang tahu. Ada perkara tidak mampu diluah pada siapa kerana memang tidak perlu. Hanya pada DIA tempat mencurah dan memohon kekuatan.

Tapi perlu jadi seorang yang positif, . Sunnahtullah, ada ketika bahagia bila DIA memberikan bahagia, adakala terasa sempit dan terasa sukar bila DIA datangkan ujian. Tidak boleh dihindari dan harus dihadapi. Tidak mampu ditepis bila memang itu sudah ketetapanNya. Tetapi sebagai seorang muslim, harus kuat kerana jiwa seorang muslim itu kuat dan kental dan bukan terus lemah dan goyah. Dunia ini hanya sementara, jadi apa yang membuat kita terfikir masalah dan ujian yang datang itu akan tetap bersama kita selamanya?.

Bila tiada, minta pada Ar Razzaq, Maha Pemberi. Mohon. InsyaAllah dipermudahkan. Anologi ujian Allah itu seperti sebuah produk yang diiklankan, kata bagus, sesuai. Bagaimana kita nak percaya kalau kita tak cuba? Apakah testimoniya? Selepas mencuba barulah kita tahu, baik atau burukkah? Begitu juga ujian Allah, DIA datangkan ujian untuk mengetahui siapakah dalam kalangan hambaNYA yang bertakwa dan sabar.

Malam kian larut. Berhenti, esok hari berkerja! La Hawla Quwwata Illa Billah.

Segala puji-pujian hanya untukMU dalam memuja asmaMU. Ya Al-'Afuw, Yang Maha Pemaaf, maafkanlah kami.