Thursday, May 31, 2012

You're Not Alone

Since lama dah tak update blog nie, rasa macam banyak pula benda nak diceritakan tapi tidaklah banyak mana pun.

22 May 2012 yang lalu ada berjumpa dengan Ustaz Ayub Abdul Rahman. Pertama kali berjumpa, orangnya sangat friendly and fatherly. Okay mungkin ramai yang tahu sangat pasal beliau, mungkin la. Tapi Ustaz Ayub nie sangat aktif dalam gerakan dakwah beliau. Apa-apa pun saya nak bagitau sedikit sebanyak mengenai Ustaz Ayub.

Dahulunya Ustaz Ayub nie seorang paderi besar kristian yang pernah berkhidmat di Gereja St. Agustine of Canterbury Frankfurt Jerman selama hampir 10 tahun. Kalau nak lebih tahu lanjut sila KLIK. Bila berjumpa secara berdepan sendiri dengan beliau, rasa kagum dengan semangat dan sayang beliau terhadap Islam. Dalam kepala saya masa tu tak tercapai akal yang seorang yang dahulunya pernah menjadi paderi dan diberi kuasa untuk mengampunkan dosa-dosa orang yang pergi gereja, finally embrace Islam. Tetapi itulah kekuasaan Allah, Allah akan bagi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki. SubhanaAllah.

Banyak nasihat yang Ustaz Ayub berikan dan bagaimana berhadapan dengan family. Tidaklah larat saya nak memuatkan segalanya dalam entry ini. Beliau ceritakan sedikit perjalanan hidup beliau after embrace Islam, perjalanan dakwah dan kenapa Islam menjadi pilihan. Bila dengar apa yang dikatakan beliau, seriously, dalam hati saya "SubhanaAllah". Alhamdulillah, dalam menghadapi dugaan dan cabaran ini, saya tahu saya tidak keseorangan. Ramai yang menghulurkan tangan yang sentiasa membantu. Memberi sokongan dan dorongan untuk terus kuat.

“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. “

Surah Al-Fussilat, 41:30

No comments: