Sunday, December 2, 2012

My Journey 1

2009/2010

Pertama kali duduk begitu jauh dari keluarga, Sarawak ke Kuala Lumpur, mengambil masa 2 jam kalau menggunakan flight. Sememangnya semua orang semenanjung naik flight pergi Sarawak/Sabah dan begitulah sebaliknya. Selain flight tak tau sebab tak pernah lagi. Duduk di tengah-tengah kota yang metropolitan katanya, bagi saya itu a big challenge. Semester pertama sebagai seorang freshie berlalu dengan jayanya. :) Nothing too much happened, kenal dan jumpa ramai kawan berlainan latar belakang. Dan kebanyakkan kawan-kawan saya sudah tentunya dari kalangan muslim yang ramai since sarawakian dan ibanese macam saya sikit je.

Masuk semester kedua tahun pertama, sedikit perkara mula berubah, saya dapat rasa saya mula interested dengan Islam tapi tidak lah terlalu ketara. Cuma waktu itu saya tak pasti sangat sama ada saya mula tertarik dengan Islam disebabkan saya terpengaruh kerana kebanyakkan kawan-kawan saya ialah muslim dan pada masa yang sama saya kenal seorang hamba Allah, ataupun disebabkan dia saya tertarik dengan Islam? Pada masa itu saya tak pasti dengan perasaan saya.

Ada sekali tu, saya pernah pergi Pusat Islam ditemani abang angkat saya dan seorang kawan. Pada saya, saya sangat menghormati abang angkat saya. Beliau banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat. Dia tahu saya tertarik dengan Islam.Tapi bila pergi Pusat Islam, kami pergi berjumpa dengan orang bahagian pendaftar untuk mualaf, walaupun pada hakikatnya kami dah memberitahu bahawa bukan nak terus 'convert' tapi cuma ingin meminta pendapat dan pandangan mereka terlebih dahulu. A little bit disappointed disitu, to be honest, layanan mereka kurang mesra. Sampaikan ada seorang wanita chinese (muslim) macam tengah argue something dengan orang disitu. Kemudian, kami balik dengan rasa kurang puas hati.

And again, abang angkat saya membeli some books about Islam for me (buku Cara Menunaikan Solat Bagi Perempuan dan buku Fardu Ain). Since salah seorang rakan sebilik saya juga sarawakian and christian,jadi saya agak takut baca buku tu depan dia dan di depan rakan sebilik saya yang muslim jugak sebab saya takut dia ketawakan saya. So saya dengan kawan saya seorang lagi (dia je yang tahu pasal nie waktu tu), pergi beli pembalut buku dan balut buku-buku tersebut. So tak ada la orang tahu kan. (Hahaha). Kalau baca buku tu waktu malam sembunyi-sembunyi. Heh.



No comments: